• WhatsApp Image 2024-05-02 at 11.37.29 AM
  • WhatsApp Image 2024-05-02 at 11.37.29 AM (1)
  • WhatsApp Image 2024-05-02 at 11.37.29 AM (2)
1

[AHA PUBLICATION] HERO BUKAN HEROIN - WRITER HEART

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 40.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AHA Publication

Penulis: Writer Heart 


Jeritan itu sentiasa bergema dalam lenanya, sejarah itu takkan terkubur selagi dia masih bernafas. Dalam misinya mengheret manusia durjana itu ke muka pengadilan Asyh terperangkap dalam cinta seorang gadis yang setia bernama Tengku Afiera, namun dia terpaksa menolak cinta itu.

"Jangan meminta untuk dicintai Tengku Afiera, jangan mengharapkan cinta dari orang seperti saya kerana saya tak boleh cintakan awak sebab...."- ASYH

Asyh hilang punca , dia hampir membingkar rahsianya. Rahsia? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh lelaki itu? Dan tiba-tiba hadirnya pula Julia Aressya, siapakah gadis itu?

Bertahun berlalu kehadiran Izz Asyhriqal telah mewarnai hidup Tengku Afiera, namun kehadiran Tengku Ezairy akhirnya memaksa dia mengikat tali pertunangan atas desakan Tan Sri Syarif Qiefqal dan Puan Sri Mastura.

"Sebab saya cintakan awak, Afiera. Mungkin Asyh seorang lelaki yang pengecut, takut pada bayang dia sendiri, takut untuk meluah perasaan dia tapi Izz Asyhriqal seorang lelaki yang rela mati demi Tengku Afiera. Sehabis nafas hanya awak yang saya cinta. Segunung kebencian, selautan kemarahan, seteruk manapun layanan awak pada saya, semua tu takkan pernah memadamkan rasa cinta saya untuk awak, Afiera. Sebab saya ikhlas cintakan awak suatu hari awak akan faham segalanya, Afiera."- IZZ ASYHRIQAL

Siapakah Asyh yang sebenarnya? Mungkinkah sudah terkubur atau masih hidup? Siapa pula IZZ Asyhriqal yang sanggup rela mati demi Tengku Afiera? HERO BUKAN HEROIN segalanya akan terjawab dalam novel ini.