[AHA PUBLICATION] ANDRI FEDRIC - CT NORLIANA
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Terbitan: AHA Publication
Penulis: Ct Norliana
Andri Fedric, seseorang jejaka Perancis berusia 30 tahun. Kedatangan dia ke Malaysia adalah atas urusan kerja. Namun siapa sangka dia dipertemukan dengan gadis dua tahun lepas. Di tempat yang sama.
"Pastikan kau tak berjumpa aku lagi lepas ni kalau tak, kau tahulah apa nasib kau."- ANDRI
Afya Aileen, gadis Melayu berusia 25 tahun. Disangkakan, pertemuan di KLIA itu adalah yang terakhir . Namun, bagai ada tali yang menarik mereka untuk terus bertemu. Dan ia, membantu hidup Afya huru-hara.
"Kalau bukan awak yang hantar gambar-gambar tu, siapa lagi? Awak je yang memang tak puas hati dengan saya sekarang ni. Buat report konon saya cederakan awak. Eh padahal awak yang bersalah. Yang memulakan. Saya cuma nak lindungi diri sendiri je. Tak cukup buat saya kena gantung kerja, buat pula saya bergaduh dengan ibu ayah dengan hantar gambar-gambar tu semua. Manusia jenis apa awak ni? Suka huru harakan hidup orang!"- AFYA
Siapa sangka, orang yang membuat hidupnya huru hara itulah yang menjadi jodohnya. Demi membiayai kos perubatan si ayah, Afya bersetuju untuk dengan syarat yang ditetapkan oleh Andri. Iaitu kahwin.
Namun, satu demi satu dugaan datang daripada sebelum sehinggalah selepas mereka berkahwin. Menguji cintan mereka.
"Ya, aku mengaku aku jahat, Aku tak sepatutnya berkahwin dengan kau. Aku silap. Aku tak fikir tentang kau. Aku pentingkan diri sendiri je. Aku minta maaf."- ANDRI
"Awak... awak baik sangat. Awak.. tak jijik ke dengan saya?'"- AFYA
Love is like a war. Easy to start. Difficult to finish. And impossible to forget.