• stronger
  • stronger 1
  • stronger 2
1

[MUSTREAD] COMEBACK STRONGER HELP TO HEAL - SYIRA LOKMAN

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: SYIRA LOKMAN


Dalam melayari hidup, kita sering berdepan dengan kesedihan, keresahan, ketakutan, kekecewaan, sakit hati, benci, marah, rasa keseorangan, jiwa kosong dan pelbagai lagi emosi bercampur baur. Ada masanya kita sendiri tidak ketahui mengapa diri kita begini.

Ada antara kita berdepan trauma masa lalu. Takut dengan masa depan. Kecewa dengan harapan. Benci terhadap pengkhianatan. Kecewa dengan penolakan. Marah dengan ketidakadilan. Sunyi dalam keramaian. Hari-hari kita cuba bangkit untuk teruskan kehidupan. Sukarnya bangun dari mimpi kerana realiti lebih sakit dan melelahkan.

Buat semua jiwa yang sedang rapuh, buku Comeback Stronger mengungkap cara memaknai proses penyembuhan jiwa (healing). Kita semua sedang berusaha menyembuhkan jiwa dengan pelbagai cara namun, tanpa sedar banyak kesilapan yang kita lakukan semasa healing. Banyak proses yang kita abaikan. Kita rasa cara kita akan percepatkan penyembuhan tetapi rupanya kita masih sakit kerana bertahun membawa beban.

Jom bersama menelusuri kesakitan kemudian bangkit perlahan-lahan. Lambat atau cepat bukan pertaruhan. Apa yang penting sepanjang proses ittu, kita nampak perkembangan. Bergeraklah dengan yakin kerana dalam hidup ini walau kita rasa keseorangan, masih ada peneman setia yang tidak pernah mengecewakan, iaitu Tuhan.

"Untuk ubah dunia, kau perlu sembuhkan jiwa."