DUNIA BUKAN SYURGA

SHARE /
Product Code : 9789678608169
Normal Price
: MYR 26.00
Special Price : MYR 20.30 (Save MYR 5.70)
Size : -
Color : -
Weight : 0.425
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN: KARYA BESTARI

PENULIS: DR. ABD BASIT ABD RAHMAN

Selagi kita masih hidup jangan bermimpi untuk bahagia. Kerana Ujian pasti menimpa. Jadi Redha dan sabarlah, itu yang bawa kita ke SYURGA.

Penerbitan buku DUNIA BUKAN SYURGA adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar.

Buku ini mengambil inspirasi dan terjemahan daripada kitab “Safaqat Rabihah”. Ia berkisarkan mengenai keuntungan-keuntungan terbesar yang bakal diperolehi manusia melalui amalan-amalan mereka. Antara isu-isu menarik yang dikupas adalah;
1. Keajaiban Solat Subuh.
2. Bahaya mata yang melihat.
3. Sabar Kunci Kebahagian
4. Hebatnya Vitamin Al-Quran
5. Titiskan Air Mata Kerana Allah
6. Akaun Pahala Belum Ditutup
7. Pintu Langit Terbuka
8. Bahaya Sifat Rasa Diri Sempurna
9. Solat Selamat Tinggal
10. Bersangka Baik Dengan Allah

Buku ini juga mengandungi banyak nasihat-nasiat dan amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh umat Islam. Semuanya bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi daripada hadis-hadis yang sahih


AKAUN PAHALA BELUM DITUTUP

Mukmin yang bijak, kena sentiasa berfikir dan merancang; bagaimana pahala kita akan sentiasa mengalir walaupun kita telah berada di dalam kubur. Perancangan ini tidak perlukan modal yang besar. 'Budgetnya' hanyalah berusaha mengajak orang lain bersama-sama kita untuk menyebarkan kebaikan. Cukup itu sahaja!


BAHAYA MATA MELIHAT

Kekuatan Mukmin yang sebenar, 'duduknya' di dalam hati. Tiada gunanya memiliki kekuatan fizikal atau stamina tetapi masjid yang di sebelah rumah pun tidak pernah dijejakinya. Maka orang ini sebenarnya adalah orang-orang yang lemah dan bukannya kuat.


PINTU LANGIT TERBUKA

Jangan pernah lupa untuk berdoa. Walaupun segala pintu dalam dunia ini sudah tertutup, segala lorong yang ada di hadapan kita sudah tersekat, dan semua bantuan di atas dunia ini bagai terhalang, namun pintu rahmat Allah SWT iaitu pintu-pintu langit-Nya akan sentiasa terbuka untuk kita. Jangan panik!


" Apalah erti, indahnya Syurga jika kita tidak dapat menjejakkan kaki ke dalamnya."



Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty