'LASIK' UNTUK JIWA

SHARE /
Product Code : 9789830976433
Normal Price
: MYR 20.00
SMOCard Member Price
: MYR 18.00 (Save MYR 2.00)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.203
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN : GALERI ILMU

PENULIS : DATUK PROF DR MUHAYA MOHAMMAD


Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
 
 “Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.
“Saya ini Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.
“Saya, Kejayaan,” jawab lelaki kedua.
“Saya, Kekayaan,” jawab lelaki ketiga pula.
 
“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.
 
Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.
 
Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”
 
"Lasik Untuk Jiwa" adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani. 
 
Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.


Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty