DIA DAMBAAN HATI

SHARE /
Product Code : 9789672137092
Normal Price
: MYR 26.00
SMOCard Member Price
: MYR 23.40 (Save MYR 2.60)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.418
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN: IDEA KREATIF

PENULIS: FARAH DARIANNA

Pertemuan bercorak teka-teki dengan Adli Hadwan mencuri perhatian Nur Zahra. Setiap perhatian dan tingkah Adli membuncah kesenanngan. Di luar sedar dia jatuh cinta. Tapi, bicara ibu buat Nur Zahra sedar siapa dia dan siapa Adli.“Kau tak layak berkawan dengan orang macam Tauke Wan tu! Keturunan perampas!” – Ibu KhadijahSungguh Nur Zahra tidak mengerti kenapa kasih ibu berbeza antara dia dan kakak kembarnya, Nur Fatimah.“Aku dah buat keputusan, kau akan kahwin dengan Juhari.” – Ibu KhadijahBerkahwin dengan lelaki tua bukan pilihannya tetapi Nur Zahra akur andai kasih ibu jadi ganjaran. Demi perhatian yang didamba sejak kecil, Nur Zahra rela mengorbankan diri.“Abang nak Nur jadi isteri abang.” – AdliLelaki itu muncul sebagai penyelamat saat dia sudah jemu berfikir. Siapa yang tidak suka bila orang yang kita cinta tiba-tiba datang membawa lamaran.“If you need me, I’ll be right here for you.” - AdliWalau tanpa cinta tetapi Adli setia bersamanya. Setiap layanan Adli buat dia rasa sangat istimewa. Namun dia tidak lupa diri, Adli mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana ingin membantunya.“Sepatutnya Adli kahwin dengan Ima, bukan dengan kau!” – Ibu KhadijahBiar mereka sudah berkahwin, Ibu masih percaya takdir Adli Hadwan bukan dengan Nur Zahra. Sebaliknya dengan Nur Fatimah.Jika Nur Zahra menarik diri dan satukan Adli dengan Nur Fatimah, adakah dia berpeluang mencicip kasih wanita bergelar ibu? Dan Adli sendiri, mahukah dia melepaskan Nur Zahra untuk menerima Nur Fatimah? Benarkah di hati Adli hanya ada belas kasihan untuk Nur Zahra?

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty