HIJAB

SHARE /
Product Code : 9789674463397
Normal Price
: MYR 24.00
Special Price : MYR 18.70 (Save MYR 5.30)
Size : -
Color : -
Weight : 0.290
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN: BUKU PRIMA

PENULIS: AIDA ADIA

       Annisa Faiha seorang gadis yang tegas dan berani. Dia mengambil alih tanggungjawab

sebagai ketua keluarga kepada emak dan tiga orang adik perempuannya. Mereka mengharungi

pelbagai dugaan. Keluarganya sering dianiaya oleh si pengamal ilmu hitam. Akibat kemurungan

yang melampau setelah kehilangan emak dan adik bongsunya, Annisa Faiha tidak menyedari jiwanya

yang tertekan dan kosong itu memberi peluang kepada makhluk lain mengawal dirinya. Sehinggakan

dia alpa kehambaannya kepada TUHAN Yang Esa! Lantaran jiwanya telah ditakluki, Annisa Faiha semakin

lupa diri dan riak setelah menyedari dirinya dikurniakan kelebihan dibukakan hijab pancaindera. Kelebihan

yang diperolehinya itu telah disalahgunakan dengan membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan

emak dan adik bongsunya terkorban. Setelah dendamnya terbalas, Annisa Faiha pula diculik ke dalam dunia ghaib dan diminta

tinggal di situ buat selama-lamanya. Betahkah Annisa Faiha tinggal di situ? Apa kaitan Annisa Faiha dengan makhluk

dunia ghaib itu? Berjayakah Annisa Faiha keluar dari dunia ghaib itu? Segala persoalan ada di dalam HIJAB!


                                     "Selagi kau tak dapat melawan takdir,

                     selagi itulah kau takkan terlepas daripada permainanku," - AYUB


                                     "Yang kurang dan hina di mata manusia,

                     sebenarnya itulah yang istimewa di mata kaum bunian." - NAJWA


                                    "Mengapa harus aku rasa bersalah sedangkan ini anugerah dan

                      keistimewaan yang aku terima? Bukannya aku yang mintak!" - ANNISA FAIHA

                                                                         

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty