MAMAT DINGIN HATI RINDU

SHARE /
Product Code : 9789672102298
Normal Price
: MYR 26.00
SMOCard Member Price
: MYR 23.40 (Save MYR 2.60)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.506
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN: PENULISAN2U

PENULIS: AIFA BATRISYA

Sekuel novel bestseller Minah Cengey Hati Tisu...

Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya

sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan

memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian

mahu menjauhkan diri dari Hani.

Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Kehadiran seorang gadis kacukan Korea

yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara.

" Annyeonghesayo!" - Nia Adara

" Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! - Ian

Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai

lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood  itu!

Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus!

"Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - NAURAH TIHANI

"Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya.. Dan

bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak jadi hak saya. Sampai bila-bila!" - Ian

Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini

mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya

Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?

Seorang anak dara, seorang lagi masih bergelar isteri orang. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mamat berhati dingin bernama Ian

ini? Temui jawapannya dalam MAMAT DINGIN HATI RINDU....

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty