SANGGUPKAH BERSABAR, SAYANG?

SHARE /
Product Code : 9789674690373
Normal Price
: MYR 22.00
SMOCard Member Price
: MYR 19.80 (Save MYR 2.20)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.412
Product Status : Out Of Stock
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN : KARYA SENI

PENULIS : REHAN MAKHTAR

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang namoak sempurna itu sebenarnya buta.

Mereka... Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menaggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.

" Tongkat saya mana?" - Qaiser Wardah

" Tak payah tongkat... Aku kan ada" - Tengku Cairel

Rupa - rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata - mata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Qairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.

Sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia teima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi.

" Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?" - Tengku Cairel

" Kita masing - masing perlukan waktu" - Qaiser Wardah

Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.

Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima. Jika ini mimpi, dia mahu segera terjaga. Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?


Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty