SURAYA...I LOVE YOU!

SHARE /
Product Code : 9789672052210
Normal Price
: MYR 20.00
Special Price : MYR 15.60 (Save MYR 4.40)
Size : -
Color : -
Weight : 0.218
Product Status : LIMITED STOCK
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN: BESQ PUBLICATION

PENULIS: KUFAZ

Suraya sedang asyik mengecap nikmat cinta dengan kekasihnya, Zain. Namun, segalanya musnah apabila bekas kekasihnya iaitu Ishak muncul semula dalam hidupnya untuk menagih cinta lama. Oleh kerana tidak mahu terseksa seperti masa lalu, Suraya menolak rayuan Ishak untuk kembali.

Sedang berbahagia, tiba-tiba Zain diserang sihir sehingga mengorbankan nyawanya. Suraya amat sedih dengan kejadian yang menimpa. Dia telah kehilangan satu-satunya jejaka amat dicintainya.

Kejahatan yang menimpa Zain tidak terhenti di situ. Kini, Suraya pula diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib yang menyeksakan jiwanya. Dan dia memang tidak syak sesiapa melainkan Ishak.

Suraya nekad untuk berdepan dengan Ishak tetapi dihalang oleh rakan baiknya, Mona. Suraya kemudiannya membawa diri ke rumah Puan Hawa iaitu ibu kepada Zain yang mengenali seorang pengamal perubatan tradisional bernama Lukman.

Bersama-sama Puan Hawa, Mona dan Lukman, Suraya mencari jalan untuk menghentikan segala kejahatan itu sebelum berlarutan. Namun, perjalanan mereka tidak mudah. Pelbagai misteri dan kejadian aneh terpaksa ditempuhi. Misteri-misteri yang tidak dapat dijawab. Yang pasti nyawa yang tidak berdosa akan melayang.

Dapatkah Suraya menghentikan ilmu hitam itu? Atau apakah kejahatan itu sendiri akan mengorbankan jiwa si pembuat onar?

"JIKA CINTA ITU BUKAN UNTUK AKU.. TIADA SIAPA AKAN MEMILIKINYA!"

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty