TERLERAINYA SATU JANJI

SHARE /
Product Code : 9789675289491
Normal Price
: MYR 28.00
SMOCard Member Price
: MYR 25.20 (Save MYR 2.80)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.566
Product Status : Out Of Stock
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN : INTENS

PENULIS : AMEERA AMEER

Cintakah itu andai hati masih keliru?

Bakal menimang cahaya mata siapa yang tidak bahagia? Begitu jugalah Hannah dan Ilham. Hannah dilayan bagaikan puteri. Hari-harinya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang daripada Ilham. Setiap keinginannya dipenuhi walaupun suaminya terpaksa belajar membuat kuih talam keladi.

Kesian suami Hannah. Dah basah dengan peluh, bisiknya.

Dekat sini tak nak lap ke? lehernya ditunjukkan. Sengaja Ilham hendak bermanja.

Amboi beri betis nak paha pulak dia ya, giat Hannah sambil ketawa tapi jangan tetap juga menjalar ke leher suaminya.

Ilham turut ketawa. Penyapu di tangannya terus dijatuhkan ke tanah dan penggang isteri dirangkul.

Abanggggg..Hannah tak boleh bernafas! tubuhnya cuba dilepaskan.

Ilham tergelak. Pelukannya dilonggarkan.

Geram! bisiknya dan bibir merah jambu itu dikucup.

Astaghfirullahalazimmm! panjang Mak Cik Lela beristighfar.

Dah tak ada tempat lain lagi nak bercium? Sergah Mak Cik Lela dengan kening terjongket.

Terrr mak, balas Ilham malu-malu.

Dalam menyulam kasig bersama Hannah, Ilham mendapat tahu Suraya, bekas tunangnya kematian suami saat mengandungkan anak sulungnya. Simpatinya menebal dan dia rasa bersalah! Hannah pula, saat diabertegang urat dengan Ilham tentang Suraya, dia mendapat tahu bekas kekasihnya, Alvin masih hidup. Dia juga perlu mengembalikan senyuman Alvin. Hannah buntu.

Lets get married....ucapnya perlahan

Hannah tercengang. Bulat matanya memandang Alvin yang masih duduk berteleku di hadpannya itu.

Alvin..berguraukah lelaki itu?

Marry me Hannah..bisik Alvin lagi. Kotak di tangannya dibuka dan dihulurkan kepada Hannah.

Alvin, this I...kata-kata Hannah terhenti.

Kita dah janji yang kita akan bersama sampai bila-bila. Kita dah janji kita akan setia dan terus mencintai antara satu sama lain. So, marry me and we'll be together. I promise I'll make you happy Hannah, ucap Alvin.

Janji siapakah akan terlerai? Hannah, Ilham atau Alvin?

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty