BUKAN DOKTOR GUGEL

SHARE /
Product Code : 9789672014201
Normal Price
: MYR 34.00
SMOCard Member Price
: MYR 30.60 (Save MYR 3.40)
(Become a SMOCard Member Now!)
Size : -
Color : -
Weight : 0.339
Product Status : Out Of Stock
Qty :
Click on thumbnail for larger view.

TERBITAN : KATA-PILAR BOOKS

"Vaksin penyebab autism? Ujian air gula penyebab diabetis ibu mengandung? Mandi ketika berpeluh penyebab panau? Resdung berpunca daripada ulat? Mandi malam paru-paru berair? Bolehkah menyusu bayi selama dua tahun tanpa makanan lain?"

Sebelum era digital lagi telah banyak kepercayaan meleset dan mitos yang berlegar dalam khalayak. Namun setelah meledaknya teknologi maklumat dan lahirnya ‘Encik Gugel’ kecelaruan maklumat menjadi lebih rencam dan meluas. Segala maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan rawatan menjadi mudah diakses. Lebih kritikal, siapa saja boleh memuatnaik sebarang maklumat tanpa memerlukan pengesahan atau kelulusan.

Natijahnya, sesiapa saja boleh mempropagandakan kefahaman dan salah faham mereka sehingga menjadi satu kepercayaan yang sukar dikikis dalam masyarakat. Sesiapa saja boleh menjadi doktor. Ya, ‘Doktor Gugel’.
Naskhah ini menghimpun sejumlah persoalan yang sering menular dalam masyarakat sekaligus menjadi punca kekalutan ini dan dijawab oleh individu yang berkelayakan dan terdidik dalam disiplin yang wajar dan relevan dalam isu yang berkenaan.

BUKAN DOKTOR GUGEL

Shopping Cart (0) Total: MYR 0.00 Checkout Clear Cart
Cart is empty