• imam
  • tt_202302191600_0001
  • hj_202302191600_0001
  • photo_2023-02-21_15-07-53
  • photo_2023-02-21_15-07-52 (3)
  • photo_2023-02-21_15-07-52 (2)
  • photo_2023-02-21_15-07-52
1
SALE

[MUSTREAD] IMAM-IMAM YANG MELAWAN

Regular price
RM 20.70
Sale price
RM 20.70
Regular price
RM 23.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis:SYED AZHARUL ASRIQ


Ungkapan 'Berani kerana Benar' mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, adakah mudah bagi kita melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya seteru kita itu jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada kita? Mampukah kita terus bangun dan menegakkan kebenaran atau kita akan tunduk lalu akur menerima kejahilan asalkan hidup kita mudah?

Itulah ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh yang diketengahkan dalam buku ini. Walaupun daripada pelbagai latar belakang dan zaman yang berbeza-beza namun mereka menempuhi dugaan yang sama. Melawan kerajaan atau pihak istana yang kian jauh daripada landasan agama. Buku ini membawa pembaca bersama  tokoh-tokoh yang mampu melawan sebuah oraganisasi yang besar lagi berkuasa!

Antara kisah perjuangan tokoh yang terkandung dalam naskhah ini:

  • Khalifah Umar Abdul Aziz
  • Imam Abu Hanifah
  • Imam Malik
  • Imam Syafi'i
  • Imam Ahmad bin Hanbal
  • Salahuddin al-Ayyubi
  • Syeikh Izzuddin bin Abdus Salam


IMAM MALIK

Imam Malik bin Anas merupakan bintang Madinah yang masyhur dalam sejarah. Beliau menjadi guru kepada imam kita, asy-Syafi'i. Beliau sangat mencintai kota Madinah kerana itu adalah kota Rasulullah SAW. Hatinya terpaut pada Kota Nabi, sehinggakan beliau menuntut ilmu hanya di Madinah dan tidak mengembara ke tempat lain. Baginya, yang murni hanya di Madinah!

Namun di Madinah jugalah, beliau menghadapi cubaan. Beliau telah menyanggah sang gabenor yang mengajak rakyat melawan hukum syarak untuk menghalalkan matlamat politik. Bukankah matlamat tidak menghalalkan cara? Bangkangan Imam Malik itu dianggap berbaur hasutan. Imam Malik ditahan ala ISA dan disebat kerana dianggap menghasut rakyat! Walaupun beliau pernah menyanggah gabenor, namun akhirnya beliau disayangi raja-raja.


LATAR BELAKANG IMAM MALIK

Nama penuh beliau ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amru bin Amir. Beliau dilahirkan pada 711M (93H) di kota Madinah. Ayahnya bernama Anas bin Malik manakala ibunya bernama Aliyah binti Syuraik al-Azdiyyah. Moyangnya Abi Amir bin Amir merupakan sahabat Rasulullah SAW di Madinah yang sama-sama berjuang di medan perang bersama Rasulullah SAW (kecuali Perang Badar).

Beliau dikenali sebagai ulama yang kaya dan sering memakai pakaian yang mahal. Imam Malik sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Beliau juga hidup pada zaman dua dinasti di mana beliau menyaksikan tumbangnya Bani Umayyah dan naiknya Bani Abbasiyyah. Imam Malik digelar Imam Darul Hijrah kerana menetap di Madinah seluruh usianya. Beliau jarang keluar dari Madinah kecuali untuk menunaikan haji. Beliau diriwayatkan menyewa di rumah peninggalan Ibnu Mas'ud sepanjang beliau menetap di Madinah.


MENDALAMI BIDANG ILMU

Imam Malik berguru dengan ramai tokoh Madinah seperti Ja'far as-Saddiq, Imam al-Harith, Ibnu Syihab al-Zuhri dan Hisyam bin Urwah. Beliau tidak pernah keluar dari kota Madinah dalam usahanya mencari ilmu.

Walaupun tidak mengembara jauh, namun beliau pada zaman mudanya mencintai ilmu dan tidak mempedulikan musim panas atau musim sejuk. ketika matahari terik membahang, beliau berjalan kaki dari rumahnya ke rumah gurunya Imam Nafi yang terletak di luar kota Madinah. Imam Malik turut tabah menghadapi musim sejuk dengan duduk di muka pintu rumah gurunya untuk mendapatkan hikmat daripada gurunya itu. Akhirnya berkat beliau berguru dengan ratusan ilmuwan di Madinah, beliau menjadi bintang ilmu di Kota Nabi.