• panduan solat.png
  • ikmn_202204171535_0001 - Copy.jpg
  • tgvb_202204171535_0001 - Copy.jpg
  • photo_2022-04-23_15-03-41 (3).jpg
  • photo_2022-04-23_15-03-41 (2).jpg
  • photo_2022-04-23_15-03-41.jpg
1
DISCOUNT 15%

[AR-RISALAH] KITAB LENGKAP PANDUAN SOLAT

Regular price
RM 13.41
Sale price
RM 13.41
Regular price
RM 14.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: AR RISALAH

Penulis: USTAZ DANIEL ZAKARIA


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat/sembahyang dan sesungguhnya solat/sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah: 45)


- Bergambar

- Mudah, Efektif dan Praktikal


Buku ini menjadi panduan asas kepada anda untuk memahami ibadah solat yang menjadi tiang agama. 

Buku ini dilengkapi dengan ilustrai yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum dan selepas dilakukan. 

Buku ini juga memuatkan amalan-amalan wirid dan doa selepas solat berserta terjemahannya. Mudah-mudahan pengajian buku ini dapat mempermudahkan khususnya kanak-kanak memahami kepentingan ibadah solat serta cara mengajarkannya denga betul dan sempurna. 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: 'Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang kepadanya dan hamba-Ku tidak dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunnah, maka Aku-lah pendengarannya yang dia jadikan untuk memandang dan tangannya yang dia jadikan untuk memukul dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku memberi, dan jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku memberi dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku melindunginya....'"


ADAB SOLAT

PENGERTIAN

Solat adalah perintah Allah SWT yang paling utama oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung tidak melalui perantaraan ketika Nabi Muhammad SAW sedang melaksanakan Israk dan Mikraj. Perintah Solat berbeza dengan perintah yang lain. Solat bererti doa atau permohonan kepada Allah. Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Solat harus dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu yang dikerjakan ada lima waktu iaitu:

1. Solat Zohor 

2. Solat Asar

3. Solat Maghrib

4. Solat Isyak

5. Solat Subuh


SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT


1. Beragama Islam

2. Baligh dan berakal

3. Suci daripada hadas kecil dan besar

4. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis

5. Mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat

6. Menutup aurat

7. Menghadap kiblat

8. Masuk waktu solat


Keterangan:

Aurat bagi lelaki adalah daripada pusat sampai ke lutut sedangkan aurat bagi perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangan.


RUKUN SOLAT


1. Berniat

2. Berdiri bagi yang mampu

3. Takbiratul ihram (membaca Allahu Akbar)

4. Membaca Surah Fatihah

5. Rukuk dengan tama'ninah

6. Iktidal dengan tama'ninah

7. Sujud dengan tama'ninah

8. Duduk antara dua sujud dengan tama'ninah

9. Duduk tasyahhud akhir

10. Membaca tasyahhud akhir

11. Membaca selawat pada tasyahhud akhir

12. Membaca salam yang pertama

14. Tertib (berturut-turut)


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya (tidak sah). Di antara yang membatalkan solat adalah seperti berikut:

1. Berhadas

2. Bercakap-cakap dengan sengaja

3. Terbuka aurat

4. Bergerak berturut- turut tiga kali (anggota besar)

5. Makan dan minum walaupun sedikit

6. Terkena najis 

7. Membelakangi kiblat

8. Tertawa

9. Menambah rukun (dengan sengaja)

10. Mendahului imam dua rukun (bila menjadi makmum)

11. Berubah niat

12. Melangkah atau memukul dengan kuat

13. Murtad (keluar daripada agama Islam)


SUNAT DALAM MELAKUKAN SOLAT ADA DUA PERKARA IAITU:


a. Sunat Ab'ad 

1. Membaca Tasyahhud Awal serta duduknya.

2. Membaca selawat ke atas Nabi pada Tasyahhud Awal

3. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tasyahhud Akhir

4. Membaca Qunut dengan berdiri ketika solat Subuh, solat Witir pada pertengahan Ramadan sampai akhir Ramadan.


b. Sunat Hai'at

1. Mengangkat kedua tangan hingga ke telinga ketika Takbiratul Ihram, rukuk, iktidal dan berdiri dari Tasyahhud Awal

2. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca Ta'awwuz sebelum Al-Fatihah

5. Membaca Amin setelah Al-Fatihah

6. Membaca surah pada rakaat pertama dan kedua.

7. Meninggikan suara ketika membaca Al-Fatihah, surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat Maghrib, Isyak dan Subuh sedangkan merendah suara atau bacaan tersebut pada setiap solat.

8. Membaca takbir ketika berpindah dari rukun.

9. Membaca samia Allah hu liman Hamidah ketika bangun dari rukuk dan Rabbana lakal Hamd ketika iktidal

10. membaca tasbih ketika rukuk dan sujud

11. Meletak kedua telapak tangan di atas paha ketika duduk Tasyahhud Awal dan akhir serta menunjuk dengan telunjuk jari tangan kanan.

12. Duduk iftirasy pada semua duduk.

13. Duduk Tawarruk (seperti duduk Tasyahhud Akhir)

14. Membaca doa Tasyahhud Akhir

15. Salam yang kedua