• BP 2C
  • BP 2C1
  • BP 2F
  • BP 2B
1
SALE

[BUKU PRIMA] PROJEK SERAM : GUARD

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TEBITAN: BUKU PRIMA

Mulan dan Jamila dipindahkan untuk mengendali segmen Mess of Mystery setelah dua dari rakan sekerja mereka berhenti. Menjadikan kisah kehilangan seorang gadis bernama Natalya sebagai kisah pertama yang akan diketengahkan, mereka berdua seringkali menghabiskan masa di Bilik Rekod hingga melebihi jam bekerja. Semenjak mengendalikan kisah itu, mereka mula didatangi jelmaan seorang perempuan meminta tolong hinggalah mereka dipertemukan dengan seorang pengawal keselamatan bernama Adam.

“Ada semangat yang telah dihidupkan kembali...” / NATALYA

Gara-gara kegawatan ekonomi, Zarul mencuba nasib sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat perumahan. Pertemuan pertama dengan Fazli merupakan detik bermulanya gangguan di dalam hidup Zarul. Kejadian aneh berlaku bertimpa-timpa, memaksa Zarul untuk terus kuat demi mencari sesuap nasi. Sehingga suatu hari, penemuan yang mengejutkan membongkar segala misteri yang membelenggu hidup Zarul sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan di tapak projek Banglo Bayu. Siapakah Fazli sebenarnya?

“Pabila dendam menjadi raja.” / BANGLO BAYU

Sharul didapati hilang dan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. Kehilangannya telah mendatangkan banyak tanda tanya pelbagai pihak. Termasuklah majikan tempat dia bekerja iaitu Syarikat Wira Teguh. Sharul merupakan guard yang bertugas di sebuah apartment mewah lima tingkat. Semenjak kehilangan Sharul, keluarganya, malah kawan-kawan sama tempat kerja dengan Sharul mengalami kejadian ganjil. Paling kerap diganggu ialah kawan baik Sharul sendiri, Reykal. Kejadian ini telah membuatkan Reykal nekad untuk mengetahui  maksud sebenar di sebalik semua kejadian-kejadian yang telah mengganggu-gugat hidupnya.