• epik
  • lm_202302131639_0001
  • photo_2023-02-14_12-21-33
  • photo_2023-02-14_12-21-32
  • photo_2023-02-14_12-21-32 (2)
  • photo_2023-02-14_12-21-31
  • uj_202302131639_0001
1
SALE

[CRESCENT] EPIK CINTA - FIZZIANY (HARD COVER)

Regular price
RM 81.00
Sale price
RM 81.00
Regular price
RM 90.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: CRESCENT

Penulis: FIZZIANY


SEBUAH TETRALOGI DALAM SATU NASKHAH

  • MAYA SAKTA
  • RATU AGNIASARI
  • ARJUNA BARATA
  • TAKHTA


PUTERA BIMADEWA merenung bulan yang mengambang penuh di langit malam Indrakayangan. Bulan berwarna biru itu bersinar dengan sungguh cerah. Cahayanga gilang gemilang. Tapi hati Putera Bimadewa gundah.

"Beginikah rasanya bila diamuk asmara?" Keluhnya tiba-tiba. Nada suaranya perlahan. Mata tajam merenung langit. Nafas berat sesekali kedengaran resah dihela. Riak wajahnya kelam. Bagai langit siang yang mendung nak ribut.

Jafrit Ulung terdiam. Dia mengetap bibir resah. Sang putera raja dipandang sepi.

"Hati ini bagai ditarik kuat, ingin terus dekat dengannya. Jiwa ini bagai tak mahu terpisah daripadanya. Mata ini seakan mahu terus merenungnya... Sekelip mata pun tak mahu lepas daripada memandang wajahnya," keluhan kecil itu masih kedengaran. Mengisi ruang sunyi di istana hinggap tingkat 16 bangunan Hexagon tersebut.

Jafrit Ulung menoleh ke arah Putera Bimadewa.

"Perasaan itu akan mendera tuanku lebih hebat jika kebenaran terbongkar," ujar Jafrit Ulung perlahan. Serba salah. Cuba menyedarkan sang putera bahawa Putera Bimadewa sekarang sudah mula bermain api.

Putera Bimadewa terdiam. Matanya terjegil sejenak. Kebenaran? matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia mengulum bibir. Jauh dia merenung ke luar jendela. Beberapa perkara lampau terlayar di ruang ingatan. Dengan pantas dipadamkan ingatan tersebut.

"Tak siapa yang tahu tentang kebenaran itu selain kita. Takkan ada sesiapapun yang tahu..." gumam Putera Bimadewa perlahan. 

Jafrit Ulung angguk lemah. Akur pada kata-kata sang putera. Pun begitu, hati masih bersarang resah.

"Aku ingin memiliki dia. Menjadikan dia ratu dalam hidupku. Selama-lamanya..." suara perlahan dari bibir Putera Bimadewa meletus lagi. Jafrit Ulung pantas memandang Putera Bimadewa.

"Kalau Baginda Raja Ganendra tahu tentangnya?" soal Jafrit Ulung resah.

Putera Bimadewa terdiam sejenak. Nafasnya dihela resah. Kerutan di dahi semakin bertambah. Perlahan-lahan, Putera Bimadewa menggeleng lemah. Otaknya tepu.

AGNIASARI sudahpun menyiapkan persalinan Putera Bimadewa untuk majlis pelancaran Matawang Global. Pakaian yang tergantung di patung itu direnung lama. Berulang kali sudah dibeleknya persalinan berwarna putih dan hitam itu. Mahu mencari titik kelemahan yang harus diperbaiki sebelum menyerahkannya kepada Kirana Arya esok pagi. Dua hari dua malam dia bersengkang mata demi menyiapkan persalinan ini. Dia perlu cepat. Dia tidak punya banyak masa.

Sedang dia sibuk menyiapkan persalinan Putera Bimadewa dengan bantuan Mak Guntur, pekerja lain sudah menyiapkan pakaian masing-masing yang akan dipakai ke majlis gah itu kelak. Dia pula, masih belum ada rancangan samada mahu pergi atau tidak. Lagipun, dia tidak ada baju yang cantik untuk dipakai ke majlis istana itu.