• senyum
  • fgh_202212070918_0001
  • photo_2022-12-25_16-57-52
  • photo_2022-12-25_16-57-51 (2)
  • bhgf_202212070918_0001
1
SPECIAL PROMO

[CRESCENT] SENYUM BERGARIS LUKA

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: CRESCENT

Penulis: GABUNGAN 15 PENULIS


Senyum, tak perlu kata apa-apa

Senyum, muka pun jadi manis

Senyum, muka pun jadi menawan

Senyum kerana Allah itu sedekah

Senyum kerana Allah itu ikhlas


Senyum merawat luka. Mungkin kalau bukan merawat lukamu sendiri, ia mungkin bisa mengubati luka hati-hati yang memandangnya. Walaupun ada senyuman kepuraan, boleh jadi lama-kelamaan ia menjadi senyuman kebahagiaan. Maka, senyumlah kerana jika aku senyum, kau senyum, dunia juga turut senyum bersama!


PETIKAN BAB 3

SIRNA SINAR SENYUMAN - Nabilah Mohamad


"Yang disangka kekal di sisi, akhirnya,
yang paling mula melangkah pergi."

"Ada yang sangat sakit untuk ditempuh,
itulah pemergian."

"Ada yang sangat bahagia untuk dilalui,
itulah pertemuan."

Akan sentiasa dalam hidup ini, kamu akan dipertemukan dengan pelbagai watak manusia yang ikhlas hadir memberi makna, tanpa terkecuali, yang bersandiwara dalam lakonan dunia. Namun, antara setiap yang melintasi garis hidup itu, akan ada satu susuk yang kamu harapkan setia bersama sampai ke syurga. Kenangan bersamanya akan tersemat dalam jiwa dan akan berterusan bersama melakar bahagia.

"Akan sentiasa dalam hidup ini, kamu menjadi masa lalu seseorang. Jadilah masa lalu yang meninggalkan ukiran senyuman di wajahnya, bukan masa lalu yang membekas luka dalam dirinya."

Perhentian itu, menjadi saksi bertemunya aku dan kamu pada satu titik terindah mengikut aturan takdir-Nya. Namun, bertemu berpisah itu adat dunia. Detik itu, kamu hadir menghulurkan tangan, mengukirkan senyuman, memberikan harapan buat aku yang hampir putus asa dengan dunia.

"The most difficult time of my life."

"Awak percaya tak dengan takdir?" ujar si dia.

Hati yang ketika itu meruntun kesedihan, ligat memutar akal memikirkan jawapan terbaik yang harus aku zahirkan dalam mencurahkan dan meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa.

"Bukan tidak percaya, namun, terkadang mempersoal. Kerana apa yang dikehendaki tidak seperti apa yang diatur Tuhan melalui takdir." ujarnya.

"Mengapa saya yang Tuhan uji? Kenapa saya yang perlu lalui semua ini?"

Ketika perjalananmu ingin mencapai sesuatu terasa begitu kelok dan berliku, tersenyumlah, ada sesuatu yang ingin Tuhan ajarkan lewat proses itu. Pandanglah dengan kaca mata hikmah. Kerana, semesta akan sentiasa memusuhimu, namanya juga sebuah perjalanan bukan sebuah pengakhiran. Namun, semesta akan sentiasa tewas dengan senyuman dan harapan yang kamu sandarkan pada Yang Maha Memiliki Kekuasaan.

"Kenal diri supaya kita kenal Allah, kenal Allah supaya tahu kita ini hamba."

Usahlah berterusan menghukum semesta. Semesta lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Tidak semua yang kamu inginkan adalah yang terbaik buatmu, bukan selayaknya dan termampu untuk kamu miliki.

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 2:216)

Berdamailah dalam dakapan takdir, yang mengatur dengan misteri dan santuni ketentuan, meskipun, semuanya masih tidak kamu ketahui apa yang bakal terjadi. Terus melangitkan doa penuh percaya pada Tuhan Yang Maha Mengerti hatimu. Kalam-Nya yang menyasar panah hingga ke dalam lubuk hati yang terdalam.