• owarina.png
  • owarinashi.jpg
  • owarinashi-back.jpg
1
SALE

[FAJAR PAKEER] OWARINASHI - HYUN YUNZZ

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: HYUN YUNZZ


Dia didera, dikurung dalam bilik bawah tanah oleh keluarga sendiri sejak kecil. 


Gadis ini bangkit semula dengan mewujudkan sebuah permainan video yang mustahil sehingga mematikan ramai manusia. Dia mencipta satu watak permainan video Owarinashi yang tertanam pelbagai memori indah untuknya alami. Dia mahukan kebahagian seperti Faye Mnemosyne. 


Enam orang lelaki terkurung di dalam bangunan usang kerana sebuah permainan yang Iebih digelar Truth Or Die. 


Seorang perempuan yang mempunyai fotografik memori memasuki sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar berkebolehan istimewa sepertinya. 


Saat dia menyedari bayangan menguasai realiti, dia tahu namun dia tidak mampu menerimanya. 


"Tiada gunanya dia ingat benda yang tak wujud... akhirnya semua itu akan lesap dari dunia dia"- Estefany Coco. 


"Sedarlah Coco, semua yang kau nampak tu, tak betul. Aku je yang ada kat sini, tiada orang lain" - Haiden 

"Tidak pernah lagi aku jumpa perempuan sekuat kau"- Alan 

"Boleh kau hantar aku pada titik permulaan semula?" - Faye Mnemosyne 

Mengenai Estefany Coco yang berkait dengan Faye Mnemosyne. Adakah mereka orang yang sama dari zaman berbeza? 

Rasa cinta yang kian berbuah dengan sebuah persahabatan yang sempurna itu hanyalah sia-sia ketika dia menyedari kenyataan sebenarnya. 


Mampukah dia keluar dari halusinasi dan menerima takdir yang sebenar? Siapa yang akan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan permainan itu?
Bayangan itu menguasai seluruh ruang hidupnya sehingga dia tidak tahu bahawa dia bukan di dalam dunia itu. Perjalanan dalam ilusi yang tiada infiniti kecuali anda sendiri yang mampu mengubahnya di alam realiti.


PETIKAN BAB 1



SELAMAT DATANG KE OWARINASHI
SILA TEKAN KARAKTER ANDA:
FAYE MNEMOSYNE
SILA PILIH DIRI PERWATAKAN KARAKTER ANDA:
SEORANG PUTERI SEORANG YANG MEMPUNYAI KUASA
START.. 


KEHIDUPAN seorang kanak-kanak selalunya penuh dengan kegembiraan. Kenangan manis bermain. Suasana yang penuh dengan dunia fantasi. Melihat daun pokok bagaikan wang ringgit yang berjuta. Bantal sofa petak disusun menjadi rumah. Bawah katil dijadikan tempat bersembunyi. Lampu dibuka dan ditutup untuk menyeramkan suasana. Jeritan didengari setiap kali ada yang memakai pakaian putih mengejutkan setiap insan yang masih tidak tahu dunia ini penuh dengan cabaran. 


Masih naif, masih terlalu muda. Itu apa yang mereka sering katakan. Kanak-kanak seperti kami tidak kisah dan kadangkala masuk telinga kanan keluar telinga kiri mendengar perlian demi perlian atau jeritan orang yang lebih tua memberi nasihat kepada yang mereka. Ada juga yang mendengar kata sepenuhnya kerana dididik dengan sempurna. 

Setiap kali aku merenung ke luar, Aku sering terfikir aku di golongan mana? Adakah aku bersama mereka di luar sana yang tidak kisah dengan dunia atau aku ialah golongan kanak-kanak yang sudah berdikari sejak keril hasil didikan sempurna? 


Tidak. 

Pergelangan tanganku yang terasa perit dipandang kosong. Kaki kananku yang penuh luka dari paras lutut hingga betis diperhati tanpa riak. Tepi bibirku terasa berdenyut dan darah kadangkala keluar dijilat.

Aku tahu satu perkara yang mungkin kanak-kanak yang umur sepertiku belum memikirkannya, Aku tahu bahawa dunia ini penuh kekejaman dan cabaran yang hanya sesetengah orang mampu melawan dan sesetengah orang akan mula mengalah dengan hidup. 

Ruang bawah tanah yang tiada sedikit pun ruang cahaya. Dikurung dan didera tanpa sedar oleh penjaga. Mujur ada sedikit lubang kccil yang bernafas di dalam ini. Melihatkan suasana luar dari lubang kecil ini.