• sicilian man
  • sicilian man(1)
  • photo_2022-12-21_17-03-23
  • photo_2022-12-21_17-03-19
  • 202212211600_0001
1
SALE

[FAJAR PAKEER] THE SICILIAN MAN - FATIN HARH

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Fatin Harh


Jiwanya adalah dunia gelap. Di situlah, sepasang hati bertemu. Kota Sicily menjadi titik ujian terbesar kepada gadis yang mencari kebenaran yang belum ternoktah.

Saat Ariana bertemu Nichole, semua berlaku terlalu pantas.Kehilangan orang yang disayangi dan kehadiran Nichole yang begitu membingungkan. Nichole yang berbahaya dan Nichole yang sukar diduga, Nichole yang...

"Mahu larikan diri  daripada aku? Listen here, Ariana. Setiap langkah yang cuba kau ambil untuk jauhi aku hanya akan memberi ancaman kepada kau. Kau tak akan pernah tahu siapa yang sedang menunggu peluang kerana kedegilan kau!".- Nichole Riccardo

Melihat cara Nichole melindungi, Ariana terpaksa akur dengan kata hati.

Nichole kata, dunia mafiosi ini neraka tetapi Ariana tidak mengendahkannya.

Bagi Ariana, selagi lelaki itu ada di sisi, segala cabaran pasti mampu dihadapi.

Ternyata, kebenaran yang perlu diterima selepas itu lebih menyakitkan. Nichole adalah manusia paling jahat dalam hidupnya!

Pesanan William kepada Ariana agar jangan percayakan sesiapa. Jadi siapa perlu di percaya?

Ariana mahu menghancurkan Nichole tetapi kenapa hatinya sering menyuruh dia berhenti? Kenapa perlu ada perasaan yang menjadi penghalang?

"Patutnya awak bunuh saya sekali! Biar saya bebas dari neraka ini. Awak dah bunuh jiwa saya! Awak buat saya benci dengan awak!"- Ariana

Ariana akur. Rupanya ini neraka yang pernah dimaksudkan Nichole.

Fana ini memeritkan, semua makhluk berpaksi misteri, untuk terus berjalan memerlukan jiwanya kental dalam mencari keikhlasan kerana..

"Be careful who you trust. Remember, the devil was once an angel."