• berteduh
  • vh_202211011155_0001
  • photo_2022-11-03_12-19-41 (2)
  • photo_2022-11-03_12-19-41
  • photo_2022-11-03_12-19-40
  • tg_202211011156_0001
1

[IMAN PUBLICATIONS] BERTEDUH DARIPADA KEGELISAHAN HATI

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IMAN PUBLICATIONS

Penulis: PAHROL MOHAMAD JUOI


Gelisah, risau, takut, putus asa.

Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Kita mencuba bermacam-macam cara untuk keluar daripada rasa gelisah. Adakalanya ia menyembuhkan, namun adakalanya meninggalkan luka yang semakin mendalam.

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya. Buku ini merupakan buku pertama daripada Siri Berteduh Hati yang merangkumi tiga buah buku iaitu;

i. Berteduh Daripada Kegelisahan Hati
ii. Berteduh Kerana Kekosongan Hati
iii. Berteduh Untuk Ketenangan Hati


Pendekatan dari Dalam ke Luar

Islam menangani stres melampau dari dalam ke luar (inside out) dengan cara menguatkan keimanan dan membina sifat-sifat mahmudah, sekali gus bertindak mengikut landasan syariat.

Hati yang kuat ialah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT melalui solat, membac al-Quran, berzikir, berdoa kepada-Nya dan sebagainya. Kekuatan jiwa ini diperkukuhkan pula dengan rasa syukur, sabar, qanaah, bersangka baik dan bertawakal kepada Allah SWT. Inilah kekayaan hati yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, yang bermaksud:

"Kaya sebenar bukan kaya harta tetapi kaya jiwa."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hasil keakraban dengan Allah SWT, seorang individu akan intim hubungannya dengan manusia. Hidupnya penuh dengan kasih sayang, kemesraan, kemaafan dan dia saling membantu sesama manusia, hasil hubungannya yang rapat dengan Allah SWT. Dia akan menyayangi dan disayangi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kasihilah siapa sahaja yang ada di bumi, nescaya dia akan dikasihi oleh siapa sahaja (Allah) di langit" (Riwayat Abu Daud)

Bukan itu sahaja, dia akan menjaga tubuh fizikal sebagai amanah daripada Allah SWT. Dia menjaga pemakanan, bersenam, tidur dengan cukup, tidak merokok, tidak minum arak dan perbuatan-perbuatan lain yang boleh merosakkan tubuhnya. Dia akan menjaga tahap tekanan darah, kadar gula, kolesterol dan kadar denyutan jantungnya agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

Dia sentiasa mendapat inspirasi dan aspirasi daripada pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih Allah cintai daripada mukmin yang lemah." (RIwayat Muslim)

Tegasnya, menjadi orang yang beriman dan mengamalkan cara hidup Islam ialah jaminan untuk mendapat manfaat sekali gus menolak mudarat daripada stres.

Tahap stres berkadar songsang dengan iman dan Islam kita. Oleh sebab itu, beringat-ingatlah jika kita selalu stres. Itu petanda merosotnya tahap iman dan kurangnya amalan cara hidup Islam dalam kehidupan kita.

Stres hakikatnya ialah suatu hadiah untuk kita melakukan muhasabah: Di mana Allah SWT dalam kehidupan kita?


Solat Teras Pengurusan Stres

Solat lima kali sehari semalam menjadi medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon kepada Allah SWT. Itulah ubat stres yang sebenar. Dalam solat, kita bukan sahaja merehatkan hati dengan rasa pasrah dan menyerah kepada Allah SWT, tetapi kita juga meregangkan otot-otot dengan melakukan rukun fi'li dengan sempurna, tertib dan sistematik.

Apabila kita melaksanakan rukun qauli pula, kita mengatur pernafasan dengan membaca ayat-ayat al-Quran, kalimah-kalimah zikir dan doa dengan tenang. Pada waktu itu juga, timbullah rasa harap, malu dan cinta dalam hati yang menganugerahkan kita suatu ketenangan.