• dheos.png
  • xft_202206291223_0001.jpg
  • dheo
1
SALE

[KARYA SENI] NOVEL DHEO'S by ANJELL

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: ANJELL


Sejauh manakah duri sanggup berkorban demi mawarnya?


Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersiman. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya. 

"You can't have things for me. I'm out of your league." - DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan deja vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.

"Kenapa pura-pura tak kenal saya?" - NURISSA ROSE

"Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci." - DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupa-rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?


PETIKAN BAB 19


Dua hari aku berlalu, aku hanya duduk di rumah. Belajar apa-apa yang patut. Dan bila bosan, maraton movie. Tapi bosan juga bila asyik terperuk di dalam rumah. Dan bile Fahim ajak aku keluar, terus aku setuju.

Aku dan Fahim hanya keluar berdua. Fahim mengajakku untuk menonton wayang. Biasalah mamat tu, pantang ada cerita aksi baru nak keluar. mesti dialah orang pertama yang beratur. Dan selalunya akulah orang yang dia cari untuk dijadikan teman. Kali ini, dia ajak aku untuk menonton cerita Maze Runner: The Death Cure. Siri terakhir untuk Maze Runner.

Aku hanya memakai seluar jean hitam dan blaus ungu. Selendang ungu muda dililitkan ke kepala. Kalau janji Fahmi bukan janji Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi dia dah siap menunggu di depan rumahku.

Betul-betul pukul sepuluh pagi, Fahim Whatsapp aku. Menyatakan yang dia dah tiba. nasib baiklah aku dah siap. Fahim kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang aku kagum dengannya.

"Hai, Bunga! Lama tak nampak kau. Rindu," tegur Fahim sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

Aku sekadar membalas hai balik. Malas nak layan dia. Fahim segak dengan seluar jean dan baju T Polo berwarna hitam. Dia ni, kalau diam mesti nampak maco. Apatah lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia berbunyi, terus lari semua awek mengusyar. Belum lagi tengok tangan menyotong.

Tapi aku tetap terima dia seadanya. Selesa dengannya. Kalau orang yang lari daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab Fahim seorang kawan yang sangat baik. Dari semester satu sampailah sekarang, tak pernah dia tak tolong aku bila aku dalam kesusahan. Kebaikan dia mengalahkan kawan-kawan perempuan lain. Sebab tu aku selesa dengannya.

"Kita nak pergi mana?" soalku. Tali pinggang keledar dipakai.

"Mid Valley."

"Kau ni,.. Pergilah tempat lain. Pergi kuliah lalu situ. Balik kuliah nampak itu. Bertahun-tahun, situlah tempat budak-budak UM. pergilah tempat lain," bebelku tak puas hati.