• paksu ammara
  • paksu ammara cb
  • photo_2022-12-05_09-16-49
  • photo_2022-12-05_09-16-51
1
SALE

[KARYA SENI] PAK SU AMMARA - MARISSA

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Karya Seni

Penulis: Marissa 


Kehidupan berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha unutk dirinya bangun semula. Namun bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya.

"Eh, kau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banya bunyi."- ABANG MIZI

"Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza"-MIZA

Itu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat. Tapi tak sangka dirinya masih dikejar oleh Wafi.

"kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza..."-WAFI

"Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miz."-MIZA 

Akhirnya, ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Kita Miza rasa keseorangan, muncul seorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara.... Menjadi 'tali' untuk dia keluar dari masalah.

"Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat".-MIZA

"Jadi cikgu nak saya buat apa sekarang?"-Pak Su Ammara

Wafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?