• baqi'
  • vg_202302141421_0001 - Copy
  • qw_202302141421_0001 - Copy
  • photo_2023-02-14_14-27-56
  • photo_2023-02-14_14-27-56 (2)
  • photo_2023-02-14_14-27-55
1

[MUSTREAD] JEJAK RASULULLAH DI SYURGA BAQI'

Regular price
RM 20.70
Sale price
RM 20.70
Regular price
RM 23.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: AHMAD FARKHAN DAIE


"Barangsiapa yang mampu meninggal di Kota Madinah, maka hendaklah dia meninggal di sana (berdoa bersungguh-sungguh untuk meninggal di sana), sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada yang meninggal di dalamnya."
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)


Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi'. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama.              

Sehingga sekarang Jannatul Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi' daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW?                  

Selamilah seribu satu cerita mengenai Jannatul Baqi' dalam buku ini yang pastinya membuat para pembaca berasa ingin menjejak kaki ke bumi Madinah dan menziarahi Baqi'. Mudah - mudahan hasil bacaan akan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat untuk mencintai ahli Baqi.


SEJARAH PERKUBURAN BAQI'


Baqi' dari segi bahasa bermaksud sebuah tanah lapang yang tumbuh di atasnya pelbagai macam pohon liar. Namun begitu, pohon yang paling banyak di atas tanah Baqi' ini ialah sejenis pohon berduri yang bernama al-Gharqad. Oleh sebab itu, ia dikenali dengan nama Baqi's al-Gharqad.

Di kota Madinah al-Munawwarah terdapat beberapa tempat yang bernama Baqi'. Antaranya ialah Baqi' al-Khabkhabah penisbahan kepada lembah Buthan, ada Baqi' al-Khail kerana di sana dahulunya terdapat pasar milik penduduk Madinah, Baqi' al-Mushalla dan Baqi' al-Ammat. Namun apabila disebut Baqi' secara bersendirian tanpa menambah apa-apa, ia secara mutlak merujuk kepada Baqi' al-Gharqad.

Baqi' al-Gharqad menjadi kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah setelah penghijrahan Rasulullah SAW ke bumi Madinah. Sesiapa sahaja yang meninggal dunia di kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah para jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke kota Madinah.

Sebahagian besar ulama memanggil Baqi' bukan dengan nama kubur Baqi' ataupun makan Baqi'. Tetapi Baqi' dipanggil dengan nama Jannatul Baqi' yang membawa maksud Syurga Baqi'. Hal ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah SAW tentang kemuliaan yang diperoleh mereka andai disemadikan di Baqi'.

Sebelum umat Islam berhijrah ke Kota Madinah, terdapat beberapa tanah perkuburan lain di kota Madinah dan ketika itu Baqi' tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Baqi' hanyalah tanah lapang yang dipenuhi tumbuhan berduri. Ia menjadi bernilai dan istimewa apabila Rasulullah SAW memilih Baqi' al-Gharqad sebagai tanah perkuburan umat Islam.

Kawasan kota Madinah pada zaman permulaan Islam hanyalah di sekitar kawasan Masjid Nabawi yang sekarang ini. Tanah Baqi' pada asalnya terletak di luar kawasan kota Madinah, iaitu di sebelah timur Masjid Nabawi yang mulia. Di sekitarnya terdapat rumah-rumah ahli Madinah dan juga kebun-kebun mereka.

Pada abad ketiga Hijrah, pagar tembok kota Madinah telah dibina bersebelahan Jannatul Baqi'. Tembok ini telah beberapa kali diperbaharui dan yang terakhir adalah pada zaman empayar Turki Uthmaniah pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanouni.

Kemudian, tembok ini telah dirobohkan pada masa yang tidak terlalu lama setelah memperoleh keamanan untuk negeri yang penuh dengan keberkatan ini. Rumah-rumah yang memisahkan Masjid Nabawi dan Jannatul Baqi' dirobohkan.