• KITAB
  • photo_2022-11-14_16-34-33
1
SALE

DEFECT - [PATRIOTS PUBLICATION] KITAB TAMADUN ISLAM - IBN JAWI

Regular price
RM 30.40
Sale price
RM 30.40
Regular price
RM 38.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: IBN JAWI


"Jika mana-mana agama mempunyai peluang untuk memerintah England, malah Eropah dalam tempoh seratus tahun akan datang, ia mungkin Islam."

Sir George Bernard Shaw, The Genuine Islam


Tamadun Islam lahir daripada padang pasir kering kontang. Dari gurun yang tak dipandng oleh selaut manusia, lahirnya seorang Nabi yang penangannya mengasaskan tamadun teragung yang pernah dilihat oleh manusia. Tamadun yang menyapu dua adikuasa dunia seperti Rom dan Parsi. Tamadun yang merevolusikan sains dan teknologi. Tamadun yang mengajar manusia erti adab sebenar. Itulah Tamadun Islam!


KHALIFAH UTMAN BIN AFFAN RA


"Tiap-tiap nabi mempunyai teman di dalam syurga dan Uthman ialah penemanku."


Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576 Masihi. Nama sebenar beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umayyah bin Abdul Syam bin Abdul Manaf bin Qusai. Beliau digelar "Zunnurain" kerana pernah mengahwini dua puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui sistem formatir dalam Majlis Syura. Setelah Khalifah Umar ditikam, para sahabat meminta pandangan Khalifah Umar mengenai bakal pengganti beliau.

Khalifah Umar ingin mengikut jejak Nabi Muhammad dengan tidak menentukan siapa pewaris seterusnya namun setelah didesak oleh para sahabat, beliau akur untuk menamakan orang yang difikirkan layak bagi menggalas amanah berat ini. Beliau enggan menamakan anaknya Abdullah bin Umar sebagai khalifah seterusnya kerana baginya cukuplah hanya seorang daripada keturunannya mendapat penghormatan sebagai khalifah. Baginya, tugas sebagai "Khalifah" ini teramatlah berat.

Walau bagaimanapun, Khalifah Umar tidak mencadangkan satu nama sepertimana yang dilakukan oleh khalifah Abu Bakar sebaliknya beliau mengusulkan enam nama yang layak menyandang jawatan mulia itu. Mereka ialah Sayidina Uthman, Sayidina Ali, Sayidina Saad bin Abu Waqqas, Sayidina Abdul Rahman bin Auf, Sayidina Zubair bin Awwam dan Sayidina Thalhh bin Ubaidillah.

Mereka merupakan antara kalangan 10 orang sahabat Baginda yang dijamin masuk syurga. Setelah Khalifah Umar mangkat, lima daripada enam orang sahabat ini berkumpul bagi membincangkan hal ini. Ketika ini Thalhah bin Ubaidillah tiada di Madinah. Pada mulanya mesyuarat ini menghadapi kesulitan. Abdul Rahman bin Auf mengundurkan dirinya daripada senarai calon khalifah dan mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi majlis sahaja.

Maka tinggal empat orang sahabat yang menjadi calon khalifah. Rupa-rupanya di luar meja, rundingan umat Islam sudah membuat pilihan masing-masing. Satu pihak menyokong Sayidina Uthman manakala satu pihak lagi menyokong Sayidina Ali. Mereka mendapat undian yang sama banyak. Oleh itu tinggallah dua calon akhir sebagai khalifah. Sayidina Abdul Rahman bin Auf sebagai pengerusi Majlis Syura itu bertanya kepada Sayidina Uthman "Jika saudara dilantik menjadi khalifah, sanggupkah saudara menggalas amanah yang terlampau berat ini?" Maka jawab Sayidina Uthman dengan tegas "Ya insya-Allah saya sanggup!"

Soalan yang sama diajukan kepada Sayidina Ali maka beliau menjawab "Insya-Allah setakat kemampuan saya." Berdasarkan jawapan Sayidina Uthman yang lebih meyakinkan, maka beliau dilantik menjadi khalifah lalu segera dibaiah oleh Sayidina Abdul Rahman dan Sayidina Ali. Khalifah Uthman merupakan sahabat yang lebih tua berbanding Sayidina Ali.

Pemerintahan Khalifah Uthman berjalan selama 12 tahun. Enam tahun yang pertama merupakan tahun pemerintahan yang efektif manakala enam tahun yang kedua merupakan tahun pemerintahan yang dipenuhi dengan jarum-jarum fitnah. Seorang pendeta tertinggi Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' memeluk Islam bagi meruntuhkan Islam dari dalam.

Dia menanam benih-benih kebencian terhadap Khalifah Uthman dalam hati kaum Muslimin. Hal ini demikian kerana dia dahulunya seorang yang berjawatan tinggi dalam kalangan orang Yahudi tetapi tidak mendapat perhatian dan kedudukan dalam pemerintahan Khalifah Uthman. Khalifah Uthman banyak menamakan ahli keluarganya sahaja sebagai gabenor di wilayah-wilayah Islam. Oleh itu, Abdullah bin Saba' mengambil kesempatan untuk menuduh khalifah mengutamakan keluarganya sendiri daripada kalangan Bani Umaiyah dalam memberi jawatan.