• the arrival
  • qase_202211091549_0001 - Copy
  • photo_2022-11-10_09-55-01
  • frx_202211091550_0001 - Copy
1
SALE

[PATRIOTS PUBLICATION] THE ARRIVAL - NAIM TAMDJIS

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PATRIOTS PUBLICATION

Penulis: NAIM TAMDJIS


Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.

Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut, menggoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.

Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?

Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?


PETIKAN BAB SEBELAS


SYEIKH Mahadi gagal dikesan setelah melarikan diri dari sel kurungan. Keadaan menjadi kecoh di Bukit Aman. Semua anggota dikerah mencari Syeikh Mahadi. Kawalan diperketatkan supaya Syeikh Mahadi. Kawalan diperketatkan supaya Syeikh Mahadi tidak dapat meloloskan diri. Menurut keterangan pengawal polis yang menjaga Syeikh Mahadi, mereka seolah dipukul dari belakang oleh satu objek secara serentak. Menyebabkan mereka jatuh tersungkur tidak sedarkan diri.

Sementara itu, peserta perarakan semakin menghampiri Bukit Aman. Mereka bertakbir dan sesekali menjerit bebaskan Syeikh Mahadi, gulingkan PM, kami mahu pemerintahan Islam, kerajaan zalim dan paling sinis polis ancjxng kerajaan. ASP Rahem telah diarahkan untuk memantau di bilik pemantauan. Manakala Inspektor Farra dan orangnya diarahkan untuk menjalankan operasi mencari dan menangkap pengawal kanan Syeikh Mahadi. Dato' Akmal pula sedang menghadap KPN di pejabat. Memberi taklimat semasa dan melaporkan kehilangan Syeikh Mahadi dari sel kurungan polis.

"Mesti KPN meradang dengan Dato'. Kemudian Dato' meradang dengan kita. Ha! Ha! Ha!" kata Cif Inspektor Sathiya, pegawai penyiasat kanan yang diarahkan untuk membantu ASP Rahem.

"Tau, tak apa. Eh, kamu dah dapat rakaman CCTV di mana Syeikh Mahadi meloloskan diri?" soal ASP Rahem.

"Sedang mencuba, tuan. Hairan, semua CCTV tidak berfungsi. Seolah-olah rosak. Jadi, saya cuba lihat CCTV di luar bangunan."

ASP Rahem melihat rakaman di skrin. Nampaknya kali ini, jemaah Syeikh Mahadi yang berarak bagaikan dirasuk syaitan. Dia melihat video CCTV di semua stesen pengangkutan awam seperti LRT dan MRT. Majoriti penggunanya adalah mereka yang berpakaian jubah putih. Jika tidak berjubah pun, berbaju putih dan berserban. Ada yang berketayap. Di Dataran Merdeka pula, jalan sudah mula ditutup jalannya oleh pihak berkuasa. Terdapat jemaah yang sudah berkumpul di pinggir Dataran Merdeka dan jalan-jalan sekitar, termasuk di Kompleks Sogo.

"Rasanya sudah 200,000 orang jemaah Syeikh Mahadi berada di Kuala Lumpur. Separuh daripadanya sedang menghampiri Bukit Aman. Kalau berlakunya riot atau pemberontakan, lebih hebat daripada reformasi tahun 1998," gumam ASP Rahem sendirian.

"Tuan, saya sudah dapat rakaman yang menunjukkan bagaimana Syeikh Mahadi melarikan diri. Saya pancarkan di skrin utama," sampuk Cif Inspektor Sathiya.

ASp Rahem melihat skrin utama. Dia melihat satu imej video di luar bangunan ini. Kawasan lobi meletak kereta di belakang bangunan. Seketika kemudian, keluar segerombolan anggota polis mengiringi seseorang. Sepertinya seseorang yang berpangkat melalui pemakaiannya.

"Zoomkan sipa di tengah itu," arah ASP Rahem.

Video difokuskan. Dia terperanjat. Imej Dato' Asmat, Pengarah Narkxtxk!

"Buat apa di sini pagi-pagi buta. Sekejap, stop. Fokus pengawal di sebelahnya," arah ASP Rahem.

Imej video dizoomkan ke wajah yang berada di sisi Dato' Asmat. ASP Rahem terkejut. Dollah Kering! Lengkap berpakaian ASP Unit Khas dan dia mengamati siapa di sebelah Dollah Kering. Ustaz Khairul! Ertinya, mereka telah berjaya menceroboh masuk. Lalu membawa keluar Syeikh Mahadi dengan cara penyamaran. Tentulah pihak polis akan memberikan laluan keluar dengan mudah kerana mereka adalah rombongan Dato' Asmat. Sekejap, takkanlah Dato' Asmat terlibat? Setahunya, Dato' Asmat berada di Amerika sekarang untuk bermesyuarat dengan FBI tentang kartel dxdxh.

"Tolong saya hubungi Dato' Asmat," arah ASP Rahem

Cif Inspektor Sathiya mengambil telefon dan mula mendail. Panggilan disambungkan oleh unit komunikasi polis terus ke telefon kerja Dato' Asmat. Setelah panggilan dijawab, Cif Inspektor Sathiya memperkenalkan dirinya lalu diserahkan kepada ASP Rahem.

"Kamu nak apa, ASP Rahem? Saya sedang berehat setelah bermesyuarat dan berunding dengan FBI. Penat!" marahnya.