• paulo
  • lop_202211031658_0001 - Copy
  • photo_2022-11-07_12-07-16 (2)
  • photo_2022-11-07_12-07-16
  • bvj_202211031659_0001 - Copy
1
SALE

[THE BIBLIO PRESS] PAHLAWAN CAHAYA - PAULO COELHO

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: THE BIBLIO PRESS


"PAHLAWAN CAHAYA tahu bahawa dia bebas untuk memilih apa yang diingininya, dan dia membuat keputusan-keputusan ini dengan penuh keberanian, kebebasan dan kadangkala dengan sesuatu di luar daripada kebiasaan."


Pahlawan Cahaya ialah manual inspirasi yang sesuai digandingkan dengan The Alchemist (Ahli Alkimia), sebuah judul terlaris antarabangsa yang telah mempesonakan jutaan pembaca di seluruh dunia. Setiap perenggan pendek di setiap halaman dalam buku ini memberi kita panduan untuk mengejar mimpi dan tabah mengahadapi dunia yang tidak menentu serta berusaha untuk mencapai apa yang telah ditakdirkan buat kita.

Dengan gaya penulisannya yang tersendiri, Paulo Coelho telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mengikuti kehidupan sebagai seorang Pahlawan Cahaya: Seorang pahlawan yang bersyukur akan kehidupan, seseorang yang redha menerima kegagalan dan seorang yang sedang mencari-cari siapakah dirinya yang sebenar.

Paulo Coelho ialah seorang pencerita yang amat dikagumi pada masa kini. Manual ini sesuai dibaca bersama-sama novelnya yang popular itu, dipersembahkan dengan koleksi kisah-kisah berfalsafah yang memberi panduan dan inspirasi berguna kepada mereka yang inginkan panduan ini.




Seorang lelaki China yang bijaksana mengatakan ini tentang strategi seorang Pahlawan Cahaya:

"Yakinkan musuh anda bahawa dia hanya menang sedikit saja dengan menyerang anda. Ini akan mengurangkan semangatnya."

"Jangan malu untuk berundur sementara dari medan pertempuran jika anda melihat bahawa musuh anda lebih kuat dari anda. Ia bukan soal menang atau kalah dalam satu pertempuran, apa yang penting ialah bagaimana perang itu akan berakhir."

"Walaupun anda seorang yang sangat kuat, jangan malu untuk berpura-pura menjadi lemah; ini akan menjadikan musuh anda bertindak tanpa berhati-hati dan menyerang anda terlalu awal."

"Dalam perang, kunci kemenangan adalah kemampuan kita untuk mengejutkan lawan."




Seorang Pahlawan Cahaya tahu bahawa dia harus sentiasa bersyukur.

Malaikat membantu dalam perjuangannya; segala cakerawala meletakkan setiap benda di tempatnya, sehingga membolehkan dirinya memberi sesuatu yang terbaik.

Rakan-rakannya berkata: "Dia seorang yang sangat bertuah!" Dan si pahlawan kadang-kadang mencapai sesuatu yang melebihi kemampuannya.

Itulah sebabnya, ketika matahari terbenam, dia berlutut dan berterima kasih atas Jubah Pelindung yang mengawalnya.