• harapan.gif
1
DISCOUNT 15%

[TARBIAH SENTAP] - BUKU UMUM - HARAPAN MASIH ADA

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
TERBITAN: TARBIAH SENTAP
PENULIS: QAMARUL NAZRIN
Ramai yang dah berputus asa...
Putus asa dalam mujahadah untuk tinggalkan dosa...
Putus asa dalam hubungan keluarga yang semakin keruh...
Putus asa dalam hidup bermasyarakat yang
semakin sesak dalam masalah sosial...
Putus asa dalam perjuangan agama yang tak menang-menang...
Putus asa dalam berpegang dengan prinsip Islam yang seakan-akan outdated dan tak trending dengan
zaman...
Akhirnya manusia memilih untuk terus berada dalam kesesatan,
letih dengan ujian hidup, lelah dengan masalah umat, lesu dengan
perjuangan yang panjang.
Namun, mereka lupa dengan janji Allah dan Rasul; Islam akan menguasai suatu hari nanti!

Kerana itu, Harapan Masih Ada!
Buku ini terdiri daripada empat bahagian yang saling berpautan antara satu sama lain. Bahagian pertama
menceritakan hakikat keagungan Islam yang pernah memayungi tadbir dunia suatu ketika dahulu
agar pembaca dapat menjiwai perjuangan dan pengorbanan yang dibayar para pejuang agama untuk
memastikan syiar Islam sentiasa dijulang tinggi di atas muka bumi ini.
Memasuki bahagian kedua, pembaca didedahkan pula dengan realiti umat Islam pada hari ini yang
berdepan dengan pelbagai ancaman dari pelbagai sudut sehingga kesucian agama yang pernah

gemilang suatu ketika dahulu, menjadi mangsa rakus sang petualang.
Solusi untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat didedahkan pada bahagian ketiga dengan
menekankan neraca pertembungan haq dan batil yang perlu dilihat oleh pembaca terhadap pelbagai
masalah yang dihadapi agar dapat menganalisa tipu muslihat yang berlaku dalam pentas dunia hari ini.
Pada bahagian akhir pula, pembaca dibawa ke terowong masa untuk melihat kembali strategi dan
tasawwur asas yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat. Dengan beramal dan melaksanakan

strategi dan tasawwur asas inilah diharap dapat memberi jalan keluar kepada pembaca untuk keluar

daripada penjara dosa dan hawa nafsu.
Janganlah berputus asa kerana Harapan Masih Ada!