• tariq
  • tg_202301301434_0001 - Copy
  • photo_2023-01-30_14-43-10
  • photo_2023-01-30_14-43-10 (2)
  • jh_202301301434_0001 - Copy
1
SALE

[LATIP & KELUARGA] TARIQ BIN ZIYAD PENAKLUK ANDALUS

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: LATIP & KELUARGA

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Bukit Gibraltar atau Jabal Tariq di Sepanyol adalah bukti keberanian Tariq bin Ziyad. Sehingga bukit itu dinamakan sempena namanya.

Di situlah Tariq mula-mula mendarat di bumi Andalus. Membuka sedikit demi sedikit bumi Andalus daripada cengkaman kerajaan Kristian. Pada akhirnya seluruh bumi Andalus tunduk di bawah kekuasaan Islam hasil kebijaksaan Tariq bin Ziyad.

Inilah kisah Tariq bin Ziyad, penakluk Andalus.


BAB 9 - YANG BENAR DAN YANG PALSU


Dengan kejayaan tentera Islam melumpuhkan kekuatan tentera Gotik ditambah pula dengan keatian Raja Roderiga yang zalim itu, cahaya Islam yang gemilang mula bersinar di bumi Andalusia.

Berita yang menggembirakan itu sampai kepada Musa bin Nusair di Afrika. Dia begitu gembira mendengarnya. "Tariq bin Ziyad berjaya menempa sejarah gemilang di Andalusia. Namanya dikenang sepanjang zaman kerana dia berjaya membawa obor Islam melalui Jabal Tariq," puji Musa bin Nusair.

Kemudia dia berkata lagi, "Walaupun dia keturunan Barbar dan pernah menjadi budak suruhan tetapi bintangnya kini cemerlang. Namanya tentu termaktub dalam lipatan sejarah. Jasanya terus dikenang sepanjang zaman."

"Tariq bin Ziyad memang berbakat. Disebabkan kebolehannya itulah dia dilantik menjadi ketua panglima Islam di bumi Andalusia. Dia akan terus memegang jawatan itu bagi menjalankan misi di benua Eropah pula."

Puji-pujian dan sanjungan daripada Musa bin Nusair itu menyebabkan ada yang berasa dengki dan iri hati.

"Tuan, boleh saya bertanya?" kata Jayashi, seseorang Yahudi yang baru sahaja memeluk agama Islam. Umurnya 45 tahun dan dihormati dalam kalangan kaum Yahudi.

Selepas menganut agama Islam, Musa bin Nusair melantiknya sebagai ketua kaum Yahudi di Afrika. Oleh itu, apabila diadakan mesyuarat ataupun majlis rasmi, dia sering dijemput hadir.

"Silakan, Jayashi," jawab Musa bin Nusair.

"Adakah wajar Panglima Tariq membakar kapal-kapalnya? Bukankah itu perbuatan yang merugikan? Seharusnya kapal-kapal itu dapat digunakan bagi membawa tentera Islam menyeberang lautan. Bukannya mudah bagi kita memiliki kapal seperti itu!"

Musa bin Nusair terdiam. Dia tidak menyangka persoalan itu dikemukakan oleh Jayashi. Selepas agak lama berfikir barulah dia berkata, "Pembakaran kapal itu tidak merugikan kerana sudah ditebus oleh Panglima Tariq dengan kemenangan tentera Islam di Andalusia itu lebih bernilai daripada semuanya."

"Tidakkah perbuatan itu sia-sia namanya? Ia seolah-oleh membunuh diri. Bagaimana sekiranya tentera Islam kalah? Ke mana mereka hendak lari kerana kapal mereka sudah terbakar?" tanya Jayashi lagi.

"Setiap perbuatan itu bergantung pada niat. Saya yakin Panglima Tariq berniat baik. Dia mahu menaikkan semangat tentera di bawah pimpinannya supaya berjuang bermati-matian. Dengan membakar kapal itu menyebabkan mereka tidak berhasrat mahu pulang. Dengan itu mereka tiada pilihan selain berperang bermati-matian. Hasilnya, mereka mencapai kemenangan."

"Bukankah lebih baik jika Panglima Tariq perintahkan kapal itu dibawa pulang ke Afrika?" tanya Jayashi lagi, terus mempertikaikan tindakan Panglima Tariq bin Ziyad.

Sekali lagi Musa bin Nusair terdiam. Terdetik juga di hatinya akan kebenaran kata-kata orang Yahudi yang baru memeluk Islam itu.

"Tuan, bolehkah saya memberikan pandangan?" tanya Umair pula.

"Silakan," jawab Musa bin Nusair.

"Tindakan Tariq membakar kapal itu lebih baik daripada menghantarnya pulang. Jika kapal itu dirampas oleh pihak musuh, bukankah itu membahayakan keselamatan kita?"

Musa bin Nusair tersenyum. "Betul kata Umair. Betul tindakan Tariq. Saya merestuinya," katanya.

"Ada satu perkara lagi." Jayashi masih belum berpuas hati. Cemburunya kepada Panglima Tariq semakin menebal.

"Bukankah Panglima Khalid bin Walid pernah dipecat oleh Khalifah Umar?" tanya Jayashi.