• hati dia.png
  • tundukkan hati dia.jpg
  • tundukkan hati dia-back.jpg
1
SALE

[FAJAR PAKEER] TUNDUKKAN HATI DIA - JULIA BASRI

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: JULIA BASRI


Medan lumba asbab kisah pertemuan, kisah kenangan dan kisah perpisahan. 


Bila Cik Brutal a.k.a Lili bertemu dengan Encik Sentap a.k.a Qaliff, huru-hara dunia jadinya! Tanpa diduga ianya memutikkan secuit kasih di hati masing-masing. 


"Kenapa kau boat bodoh aje, hah? Aku tengah cakap dengan kau ni. Bayarlah cepat ganti rugi aku. Lagi cepat kau bayar, lagi cepat aku blah dari sini. Ke kau nak aku panggil polls?" — QALIFF 


"Isy kau ni. Sikit-sikit polls. Takkanlah hal kecil macam ni pun kau nak menyusahkan pihak polls? - LILI


Muncul pula Mamat Sejuk Beku a.k.a Faliq yang kereknya...ya ampun! Hati Lili yang rawan cuba dimenangi dengan sepenuh hati. 


"Bagi nombor telefon Cik Liliana dulu. Lepas tu Cik Liliana boleh pergi." — FALIQ 


Tiba-tiba tragedi melanda. Dalam keterpaksaan, Lili terpaksa mengambil alih tempat Kak Lina dan jadi ibu segera untuk Qira. Status baru Lili memadam seketika kasih di hati Faliq. 


Muncul pula Budi, lelaki masa silam Lili. Namun Budi punyai agenda tersembunyi. 


"Sejarah lama kita tak pernah seminit pun aku lupakan. Teringin benar aku nak ulang saat- saat indah kita dulu." — BUDI


Demi menyelamatkan Qira, Lili terpaksa bergabung tenaga dengan Qaliff dan Faliq. Tanpa disedari, Qaliff dan Faliq sebenarnya turut berlunnba untuk memenangi sekeping jiwa milik Lili. 


Siapakah di antara mereka yang akan berjaya menawan hati Lili? Qaliff ataupun Faliq? Atau mungkin Budi, lelaki masa silamnya? 


Mengejar, dikejar dan berkejaran, yang menang belum pasti juara, yang kalah belum tentu kecewa. Kuatkanlah diri, berjuang demi ketenangan hati, agar relung kehidupan berpaksi pada kasih yang abadi. 


PETIKAN BAB 1




BUNYI hon dad belakang mematikan lamunan Lili. Terenjut-enjut kereta Toyota Corolla buruk itu dikerjakan olehnya. Enjin kereta yang semput kedengaran mengaung dari jauh. Sebaik sahaja Corolla tersebut menghampin tapak pasar malam, pantas Lili memarkir. 

Sebuah meja lipat berukuran enam kaki dikeluarkan dari bonet kereta. Kaki meja tersebut dikuak lebar sebelum sekeping papan lapis diletak ke atas kaki meja tersebut. Sesudah itu kain lapik berwarna merah hati dihampar ke atas meja. Kemudian terus sahaja dia memunggah barangan niaganya. 

"Sorang aje hari ni? Patutlah lambat, ya?" tegur Mek Lin yang berniaga nasi lemak di tapak sebelah.

Lili menyengih. "Biasalah. Hari ni kan Khamis. Mak aku pergi surau. Dia tak datang hari ni. Aku sorang aje. Jadi aku solatlah kat rumah dulu. Karang kalau aku datang awal, tak semput nak solat maghrib pula." 

Mek Lin senyum sumbing. Sentap sekejap. Yalah, selembut-lembut dia pun, acap kali dia meninggalkan solat maghrib semata-mata nak mengejar tuntutan rezeki di tapak pasar malam ini. Namun siapa sangka Lili a.k.a tomboi Kampung Delima ni amat menjaga solatnya.

"Err ya ke? Baguslah kau ni, Lili. Gangsternya bukan main tapi solat tak pernah miss. Boleh menang anugerah Muslimah paling sejati ni." Sempat lagi Mek Lin memuji Lili. 

"Tak payah nak anugerah sangatlah. Apa sangatlah nilainya anugerah daripada manusia ni? Bukannya boleh tolong aku masa kat Padang Mahsyar nanti pun. Aku cuma kejarkan anugerah daripada Allah aje." Selamba Lili menjawab.