• siri 2
  • photo_2022-09-08_15-19-35
  • photo_2022-09-08_15-19-35 (2)
  • photo_2022-09-08_15-19-35 (3)
  • photo_2022-09-08_15-19-35 (4)
  • photo_2022-09-08_15-19-35 (5)
  • photo_2022-09-08_15-19-35 (6)
1
SALE

[RIMBUNAN PUBLISHING] KISAH TELADAN NABI DAN RASUL :SIRI 2 - Buku Kanak-kanak

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: RIMBUNAN PUBLISHING HOUSE


Buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 2) merupakan sambungan buku Kisah Teladan Nabi dan Rasul (Siri 1). Bermula dengan kisah Nabi Musa a.s. membelah lautan menggunakan tongkatnya sehinggalah kisah perjuangan dakwah utusan Allah yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW dimuatkan dalam siri ini.

Kaum Musyrikin menentang hebat dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul sehingga ada percubaan untuk membunuh nabi. Walau bagaimanapun, keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT menguatkan semangat para nabi dan rasul untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka. Hasilnya, tersebarlah agama Islam sehingga ke hari ini.

Ingin tahu lebih lanjut tentang perjuangan dakwah para nabi dan rasul kita? Mari baca buku ini!


1. Dwibahasa

Teks dwibahasa membantu kanak-kanak menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada masa yang sama.

2. Ilustrasi yang menarik

Ilustrasi yang menarik membantu menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca buku ini.

3. Suku kata

Setiap perkataan dibezakan warna menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.

4. Kosa kata

Kosa kata pada bahagian glosari bertujuan menjelaskan definisi atau maksud sesuatu perkataan baharu kepada kanak-kanak.



KANDUNGAN

Panduan Menggunakan Buku ini

Kisah Nabi Musa a.s.

Kisah Nabi Harun a.s.

Kisah Nabi Daud a.s.

Kisah Nabi Sulaiman a.s.

Kisah Nabi Ilyas a.s dan Nabi Ilyasa' a.s.

Kisah Nabi Yunus a.s.

Kisah Nabi Zakaria a.s

Kisah Nabi Yahya a.s.

Kisah Kelahiran Nabi Isa a.s.

Kisah Isa a.s. Menjadi Nabi

Kisah Perjuangan Nabi Isa a.s.

Kisah Kelahiran Nabi Muhammad (SAW)

Kisah Nabi Muhammd SAW semasa kecil

Kisah Nabi Muhammad SAW menjadi rasul

Kisah Perjuangan Dajwah Nabi Muhammad SAW

Glosari


KISAH NABI MUSA AS


Mesir diperintah oleh seorang raja yang kejam bernama Firaun. Pada suatu masa, Firaun memerintahkan semua bayi lelaki dibunuh. Namun, pembunuhan bayi itu berlaku pada tahun berselang. Pada tahun bayi lelaki mesti dibunuh, seorang wanita yang baru sahaja melahirkan anak lelaki diberi ilham oleh Allah SWT supaya meninggalkan anaknya di dalam bakul di Sungai Nil. Dia berharap anaknya dapat meneruskan kehidupan di tempat lain.

Egypt was ruled by a cruel king named Firaun. At one point, Firaun ordered that all baby boys be killed. However, the killing of the baby occurred in the alternate years. In the year baby boys were to be killed, a woman who had just given birth to her child was inspired by Allah swt to leave her child in a basket on the Nile. She hoped her son is safe and can continue to live elsewhere.


Arus sungai menghanyutkan bakul berisi bayi lelaki itu ke arah kawasan istana. Permaisuri yang sedang menghabiskan masa di sungai itu berasa sangat gembira apabila menjumpai bayi itu. Beliau memang mahukan seorang anak. Bayi yang comel dan sihat itu diberi nama Musa.

A stream of water swept the baby's basket toward the palace. The Queen was overjoyed to find the baby as she spent her time on the river. She really wanted a child. The cute and healthy baby was named Musa.


Musa yang masih bayi, menangis tanpa henti kerana lapar. Permaisuri berusaha mencari ibu susuan untuk Musa. Dengan izin Allah SWt, beliau bertemu dengan ibu kandung Musa. Wanita itu berasa bahagia kerana dapat berjumpa semula dengan anaknya.

Baby Musa kept crying because he was hungry. The Queen then tried to search for someone who could breastfeed Musa. By Allah's SWT permission, she met Musa's real mother. The woman was happy to see her son again.


Firaun tidak senang dengan kehadiran Musa di dalam istana. Firaun merasakan Musa sentiasa menyebabkan dia marah. Jika bukan kerana Permaisuri bertegas mahu menjaga dan menyayangi Musa seperti anak sendiri, sudah tentu Firaun memerintahkan Musa diusir keluar.

Firaun was not pleased with Musa's presence in the palace. Firaun felt Musa was always causing him to get angry. If i had not been for the Queen who insisted on caring for and loving Musa like his own son, Firaun would have ordered Musa to be kicked out.