• cuak
  • mlk_202211220931_0001
  • photo_2022-11-27_15-25-48
  • vbhc_202211220932_0001
1
SALE

[IMAN PUBLICATION] CUAK: MEMAHAMI RASA GELISAH, KEBIMBANGAN MELAMPAU & FIKIRAN NEGATIF BERPANJANGAN

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IMAN PUBLICATION

Penulis: HAZREEN A. RASHID (Doktor Pakar Psikiatri)

"Aku cuaklah nak mula kerja baru esok."

"Risaunya, nak kena bagi ucapan minggu depan."

"Kau tak takut ke nak jumpa keluarga tunang kau hujung minggu ni?"

Jantung berdebar-debar, resah, gelisah dan ada kalanya sukar tidur malam ialah reaksi normal minda dan tubuh badan kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sukar. Ia tindak balas survival.

Walau bagaimanapun, apabila tidak diuruskan dengan baik, respons normal itu akan berlanjutan; seterusnya mengganggu kesihatan emosi dan metal kita. Kita cenderung untuk overthink, hilang motivasi dan sentiasa merasakan diri tidak cukup bagus.

Melalui CUAK, Dr. Hazreen merungkaikan masalah kegelisahan ini secara mendalam; menjelaskan tindak balas otak dan tubuh kita terhadapnya; serta membincangkan cara untuk menguruskannya agar kita bebas daripada situasi yang menyesakkan ini.

DR. HAZREEN A. RASHID merupakan seorang doktor pakar psikiatri di Hospital Selayang. Beliau aktif memberikan advokasi bertemakan isu kesihatan mental; baik melalui platform media sosial mahupun media massa seperti saluran TV awam, forum dan seminar awam.

Stres Membawa kepada Kegelisahan

Situasi kegelisahan tidak berlaku tanpa wujudnya stres.

Stres ialah suatu tekanan yang dapat dikenal pasti punca ancamannya. Dengan kata lain, kita kenal pencetus stres.

Pencetus stres boleh jadi ialah sesuatu yang berlaku dalam jangka masa pendek dan panjang. Pencetus stres jangka pendek adalah seperti tarikh akhir menyiapkan kerja, pergaduhan dengan pasangan, atau situasi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Pencetus stres jangja panjang pula adalah seperti menjadi mangsa buli yang kronik di sekolah atau di tempat kerja; menjadi mangsa buli yang kronik di sekolah atau di tempat kerja; menjadi mangsa diskriminasi; berhadapan dengan masalah kewangan; atau menghidap penyakit kronik.

Kebanyakan stres hilang apabila ancaman hilang. Sekiranya seorang pekerja benci kepada majikan, mungkin jiwanya kembali tenang dan anginnya kembali ceria apabila habis kerja. Sekiranya seseorang itu berhutang, otaknya tidak lagi serabut setelah dia habis membayar hutang tersebut. Tidur malam seorang pelajar pula lebih tenang setelah dia menyelesaikan tugasan kuliah.

Kegelisahan atau anxiety pula ialah kebimbangan dan kegelisahan yang berpanjangan walaupun dalam ketiadaan pencetus yang nyata.

Dalam kebanyakan keadaan, stres dan kegelisahan saling bertindih kerana kedua-duanya melalui jalan yang sama dari segi perubahan fisiologi tubuh manusia. Mereka yang dilanda stres dan kegelisahan mengalami simptom yang sama iaitu selalu marah-marah, kepenatan, sakit-sakit badan dan otot, masalah perut tidak selesa, serta susah hendak tidur malam. Kedua-dua stres dan kegelisahan ialah tindak balas emosi kita apabila wujudnya ancaman luar.

Perkara yang menjadi pencetus stres bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Setiap individu juga mempunyai kemampuan yang berbeza-beza dalam menghadapinya. Bahkan, situasi yang menjadi stres untuk kita tidak semestinya merupakan satu bentuk stres bagi orang lain.

Kita mungkin berada dalam keadaan tertekan apabila berjalan seorang diri pada waktu malam di sebuah lorong yang gelap. Akan tetapi, bagi orang lain perkara itu biasa-biasa sahaja.