• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • MAZHAB.png
  • MAZHAB 2.png
  • photo1655176778__6_.jpeg
  • photo1655176778__5_.jpeg
  • photo1655176778__4_.jpeg
DISCOUNT 15%

[PTS] AMAL KITAB MAZHAB SYAFI'I AKIDAH KITA MAZHAB APA?

RM 36.55
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PTS

Penulis: PROF. DR. BASRI IBRAHIM AL-AZHARI


Akidah adalah dasar agama Islam, manakala amal pula adalah cabangnya. Sekiranya persoalan mengenai permasalahan fiqh itu penting,persoalan mengenai akidah juga sama penting. Bahkan soal akidah perlu diutamakan dalam perbincangan kerana ia berkait rapat soal keimanan dan pegangan hidup manusia.

Sedari kecil kita mempelajari dan mengamalkan agama Islam mengikut mazhab fiqh Syafi’i yang dipelopori oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i. Namun, majoriti masyarakat di nusantara ini beranggapan keseluruhan aspek seperti akidah, ibadah dan akhlak juga berpandukan Mazhab Fiqh Syafi’i. Walhal hakikatnya akidah dan akhlak mempunyai kepelbagaian mazhab yang tersendiri; sama seperti kepelbagaian mazhab dalam bidang fiqh.

 

Ikuti kupasan dan perbahasan terperinci ilmu akidah di dalam ‘Amal kita Mazhab Syafi’i, Akidah Kita Mazhab Apa?’ untuk menjawab persoalan mengenai akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah menurut pandangan tokoh-tokoh ulama Asya‘irah dunia seperti Imam al-Sanusi, Syeikh Sa‘id Fudah, Syeikh Sa‘id Ramadan al-Buti, Syeikh al-Duri dan Syeikh Hasan Ayyub.


PETIKAN


15 Hakikat Mengenal Allah swt

Hakikat mengenal Allah adalah mengenal dalam bentuk yang pasti dan menepati kebenaran berdasarkan kepada dalil. Kesaksian itu hendaklah berdasarkan kepada ilmu dan bukan berdasarkan sangkaan dan seumpamanya. Pengenalan yang berdasarkan syak, sangkaan dan juga waham tidak mencukupi dalam perkara akidah.

Syeikh Sa'id Fudah menyatakan maksud berdasarkan dalil dalam keterangan sebelum ini adalah dalil bersifat terperinci bagi para ulama dan bersifat umum bagi yang bukan ulama. Misalnya menetap dan memutuskan bahawasanya Allah swt. itu wujud. Dalilnya adalah kewujudan alam maya ini. Alam maya ini mesti ada penciptanya.

Berhubung dengan kepastian yang menepati kebenaran, jika ia tidak disertakan dengan dalil baik yang berbentuk terperinci mahupun  secara umum, misalnya seseorang memutuskan Allah swt itu wujud, tetapi apabila ditanya tentang dalil kewujudannya, dia menjawab: "Aku tidak tahu. Aku hanya mendengar ayahku menyatakan begitu, kerana itu aku juga menyatakan begitu."

Kenyataan sebegini sebenarnya tidak membuatkan orang itu mengenal Allah swt. Sebaliknya orang itu masih lagi berada pada tahap taklid. Taklid merujuk kepada mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui dalil dan dalam tauhid taklid sebegini tidak mencukupi.


16 Kedudukan Orang yang Bertaklid

Orang yang bertaklid merujuk kepada orang yang mengiktikadkan perkara-perkara wajib, harus serta menafikan perkara-perkara mustahil pada hak Allah swt tanpa sebarang dalil.

Dengan kata yang lain ia adalah penetapan yang pasti dan menepati kebenaran tetapi tidak berdasarkan dalil. Misalnya seseorang menerima akidah yang wajib tanpa mengetahui dalil-dalilnya. Orang yang bertaklid sebegini menimbulkan perbezaan pandangan dalam kalangan ulama kepada beberapa pendapat.

Majorit ulama berpendapat dia seorang yang beriman tetapi dikira melakukan maksiat sekiranya dia mempunyai keahlian dan kelayakan bagi melakukan renungan dan pemerhatian tetapi tidak berbuat demikian. Dengan lain perkataan, sekiranya dia mempunyai kemampuan mengetahui dalil-dalil berkaitan akidah tetapi dia tidak mahu berbuat demikian, dia dikira sebagai seorang yang melakukan maksiat.

Imannya walau bagaimanapun adalah sah. Ada sesetengah ulama menyatakan dia bukan seorang yang beriman dan bukan juga seorang yang melakukan maksiat. Ada juga yang berpendapat dia seorang yang kafir dan bukan seorang yang beriman. Kedua-dua pendapat ini walau bagaimanapun adalah pendapat yang lemah.

Your cart is currently empty.
Continue shopping