• hidup
  • hfc_202305171506_0001
  • xcx_202305171506_0001
  • Screenshot_2023-03-24_082826
  • Screenshot_2023-03-24_083030
  • Screenshot_2023-03-24_083008
  • Screenshot_2023-03-24_082944
  • Screenshot_2023-03-24_082910
  • Screenshot_2023-03-24_083051
  • Screenshot_2023-03-24_083207
  • Screenshot_2023-03-24_083234
1
SALE

[PTS] KARYA HAMKA: LEMBAGA HIDUP

Regular price
RM 24.75
Sale price
RM 24.75
Regular price
RM 33.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: HAMKA


"Garis perjalanan hidup setiap manusia sudah ditetapkan sejak dalam kandungan. Rezeki sudah tersedia. Ajal sudah tentu. Amal usaha sudah terbentang. Inilah 'Lembaga Hidup'."

Tuangan menurut bentuk barang-barang yang dicita-citakan akan tercipta setelah bahan-bahannya dituangkan ke dalamnya. Dalam buku ini, Buya Hamka mengajak kita untuk berikhtiar menuang lembaga hidup kita masing-masing dengan pelbagai kewajipan sesuai dengan panduan Islam dan tidak membiarkannya menjadi sekadar lembaga.

"Marilah berusaha, moga-moga sesuailah usaha kita dengan ketentuan yang sudah disediakan Tuhan buat kita bermua kewajipan kepada peribadi diri, keluarga, masyarakat, ilmu pengetahuan, tanah air, politik, hingga harta benda." nasihat Buya.


KEWAJIPAN KEPADA MASYARAKAT


Kewajipan manusia terhadap sesama adalah kehendak keadilan itu sendiri.

Kita wajib memenuhi kewajipan kita kepada sesama manusia lantaran asal-usul kita satu, dari satu keturunan, satu tabiat, iaitu kemanusiaan dan satu tujuan iaitu kemuliaan. Kemudian meneguhkan perhubungan dengan sesama manusia dan masyarakat, supaya sempurna budi pekerti. Kita sama-sama berakal buat berfikir menimbang dan mempunyai hati buat berasa. Dan kita semuanya beroleh kemerdekaan penuh dan bertanggungjawab atas segala perbuatan yang kita kerjakan.

Untuk mencapai kesentosaan masyarakat, kita harus mengikuti satu peraturan, iaitu peraturan budi. Peraturan budi tertulis pada dhamir (perasaan halus) kita sendiri yang menimbulkan satu keperluan. Untuk mencukupkan segala kewajipan kita, kita sama-sama memikul satu hak, dan semua kita wajib sama-sama menghormati hak itu. Itulah yang bernama keadilan.

Dalam melengkapkan kewajipan, kita wajib bertolong-tolongan. Kerana setelah manusia dijadikan Allah SWT, tidaklah sanggup Dia menunaikan kewajipannya kalau dia hanya tegak sendiri, tidak ditolong dan dibantu oleh orang lain, itulah kebajikan. Keduanya sama-sama menjadi satu hak antara satu sama lain, itulah yang bernama kebajikan. Keduanya sama-sama menjadi hak dan sama-sama menjadi kewajipan, untuk mencapai masyarakat yang sempurna dalam pergaulan antarabangsa.


Hak Asli

Segenap kewajipan yang diperintahkan oleh hati kita adalah natijah (hasil) daripada tabiat kemanusiaan kita. Dia mesti disempurnakan dan diperhaluskan, supaya orang menghargai budi pekerti itu. Manusia, baik kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau perempuan mesti terdapat padanya tabiat yang asli itu. Wajib mereka menghormati hak yang ada pada orang lain sebab itu ada pula pada dirinya. Segenap manusia berhak menghormati atau dihormati hidupnya, kemerdekaannya, hatinya, seluruh kekuatannya, kemuliaannya dan harta-bendanya.