• Free SHIPPING for orders over RM100 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • art of closing.png
  • cx_202207171651_0001.jpg
  • af_202207171651_0001.jpg
  • photo_2022-08-02_15-47-13.jpg
  • photo_2022-08-02_15-46-50.jpg
SALE

[PTS] THE ART OF CLOSING SALES 1.0 - ADILLA RAHIM

RM 31.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: PTS

Penulis: ADILLA RAHIM


'Closing' ialah satu proses jualan produk atau servis yang dijual sehingga mendapat transaksi daripada pembeli. Dalam jualan, proses yang paling penting dan mencabar adalah 'closing sales'.

Percayalah, dalam proses jualan, proses ini yang paling ramai 'tumbang', Proses inilah yang menentukan sama ada pembeli mahu beli dengan kita ataupun mencari penjual lain. Jika dalam proses ini, pembeli mencari penjual lain, maka 'art' dalam 'closing' anda masih ada lompong. Anda wajib baca buku ini!

Apa yang menarik mengenai buku ini,

  • Paparan buku yang berwarna penuh
  • Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah
  • Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh dibuat terus!
  • Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan

Anda hanya perlu beli, baca dan jadikan buku ini sebagai panduan dalam perniagaan anda.

Semoga berjaya!


Kandungan


Penghargaan

Pendahuluan

Bab 1
Asas dalam Menjual

Bab 2
Analisis SWOT Sebelum Menjual

Bab 3
Pembeli vs Pelanggan

Bab 4
Penjual Perlu Cipta Trafik

Bab 5
7 Langkah yang Perlu Ada Sebelum Closing Jualan

Bab 6
Lead Magnet

Bab 7
Strategi Bina Content Untuk Dapatkan Jualan

Bab 8
Do & Don'ts Sebagai Penjual

Bab 9
Skill Set yang Perlu Ada Sebagai Penjual

Bab 10
Penutup


Pendahuluan


Ramai penjual beranggapan, cari produk yang laku dalam pasaran, jual dan terus untung kaya-raya. Namun hakikatnya, kenyataan itu tidaklah benar.

Apabila anda sudah mempunyai produk untuk dijual, siapa yang ingin membelinya itu sangat penting.

Sebelum saya berfikir untuk menjual buku dalam bidang pendidikan, khususnya dalam jualan online, saya sudah enam tahun bergelut dalam industri sales training. Malah sebelum memasuki industri ini juga, saya memang seorang penjual pelbagai produk dalam pasaran, sama ada secara online mahupun offline.

Pada tahun 2013, saya bermula sebagai penjual dalam industri fesyen, iaitu menjual jubah. Bermula dengan menjual di rumah, sehingga ada satu kedai di Jitra. Dengan kapasiti lebih lapan orang pekerja menjalankan produksi jahitan sendiri. Saya sukan tetapi ada masalah besar, bermula sebagai seorang penjual dan tidak ada kemahiran dalam operation. Akhirnya bungkus!

Itu maksud kenyataan saya di atas, tidak semestinya produk anda laku keras jaminan untuk jadi kaya raya. Tuhan Maha Mengetahui. Suatu hari saya ke Kuala Lumpur, menghadiri satu program bisnes di sana, dan saya sudah mendapat jawapan yang tepat, di mana kemahiran seorang penjual kedua-duanya adalah entiti yang berbeza.

Tugas seorang penjual adalah membuat jualan dengan banyak (closing), manakala tugas seorang ahli perniagaan adalah mencari apa lagi peluang yang boleh menjana keuntungan.

Banyak ahli perniagaan yang berjaya juga bermula sebagai seorang penjual yang hebat. Didoakan semoga anda yang membaca ini akan menjadi orang yang seterusnya. Amin.

Sebagai seorang penjual, pasti anda mempunyai impian yang besar. Mahu mendapatkan jualan yang banyak dan untung yang besar.

Your cart is currently empty.
Continue shopping