• sungguh.png
1
SALE

[SUARA HATI PUBLICATIONS] - NOVEL SUNGGUH, AKU RINDU KAMU - SMO

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: NURHAYATI ISHAK


Neylie Maisarah - Aku keliru. Bila hati dah tersuka, lelaki itu macam tidak serius dengan sikapnya. Bila keluarga menjodohkan aku dengan anak jiran tetangga, dia pula merajuk entah apa-apa. Kerana terluka, aku terima jodoh pilihan orang tua. Tapi hati ni tercarik teruk dengan pemergiannya.

Eqbal - Aku suka kau, tetapi aku tak boleh terima kau sebagai isteri. Aku cintakan orang lain. Tapi... aku silap, rupanya muka kau yang hodoh itulah yang aku tergila-gilakan separuh mati.

Eqram - Sungguh abang cinta awak. Tak kiralah muka awak tak lawa, tetapi abang kenal siapa awak yang sebenar. Cinta abang sampai ke hujung nyawa. Abang cinta awak sampai mati.

Dann - Betapa lama aku di sisi kau. Selalu aku ucapkan aku cinta kau, aku suka kau. Tapi kenapa kau masih tak nampak. Sejak kecil kita bersama. Apa, kau ingat luahan hati ini tak laku? Pandanglah aku, Neylie. Walaupun cuma sekali, berilah perhatisn kepada aku.

Neylie Maisarah punyai perangai pelik. Wajah yang cantik, tetapi suka menyamar menjadi gadis paling hodoh, bergigi jongang. Semuanya kerana ingin menguji keikhlasan hati lelaki untuk dijadikan suami.

Ah, ini sebab trauma kes kematian arwah Julia punya angkara. Kalau tidak kerana bekas suami Julia, tidaklah dia bencikan kaum lelaki sebegitu sekali sampai sanggup menyamar untuk mengelak daripada mata keranjang lelaki.