• template_novel.png
1
SALE

[FAJAR PAKEER] - SEJUTA BAHAGIA SATU DERITA - SMO

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: SUHANIZA SULAIMAN

Pengorbanan dan ketulusan bukan sesuatu yang murah kerana yang mencintai akan kalah dengan yang setia.

"Suka hati awak je nak samakan saya ni dengan binatang ya. Kejap ikat, kejap sambar. Ingat saya ni lembu atau burung helang ke?" - RANIA

"Saya nak ikat awak cepat-cepat. Nanti lelaki lain sambar pulak." - SHAFIQ

Rania bagaikan jinak-jinak merpati melayan karenah Shafiq yang semakin berani berbicara tentang rindu, sayang dan cinta. Dalam menyampah ada cinta-cintun yang wujud antara dirinya dengan Shafiq.

"Sayang Amir bukan sayang seorang adik pada kakaknya, tapi Amir sayang akak macam seorang lelaki sayangkan seorang perempuan." - AMIR

Amir mencintai Rania teman sepermainannya. Namun, sayangnya Rania telah mempunyai Shafiq pilihannya sendiri.

Kisah kasih antara tiga insan ini bertambah rumit tatkala Rania diduga dengan satu peristiwa hitam yang tidak disangka. Kesetiaan cinta Shafiq diuji, keikhlasan hati Amir dipuji.

"Habis madu sepah dibuang. Kenapa tidak dari dulu kau serahkan dia pada aku? Sebelum semuanya berlaku?" - AMIR

Hilang cinta Shafiq kerana peristiwa itu. Teguh rasa Amir menganyam derita bersama Rania.

Amir bukan lelaki yang pertama mencintai Rania. Amir hanya lelaki sandaran untuk Rania. Tetapi, mengapa lelaki itu sentiasa di sisi menghapus air matanya?