• kaklong
  • yh_202212261614_0001 - Copy - Copy
  • photo_2022-12-27_16-01-57
  • photo_2022-12-27_16-01-57 (2)
  • hbv_202212261614_0001 - Copy
1
SALE

[KOMRAD] KAK LONG KAWASAN - MASTURA MOHD SALIM

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KOMRAD

Penulis: MASTURA MOHD SALIM


Walaupun aku kak long kawasan, tapi aku lain daripada yang lain,

Kau ingat kak long kawasan ni kaki gaduh ke?

Kau bayang kak long kawasan ni ada pengikut yang ramai & dilayan macam raja ke?

Kau fikir kak long kawasan ni tak reti hormat orang?

No, no, no ... sebab aku kak long kawasan versi perempuan Melayu terakhir gitu. Cewah!

Tapi ... jangan langsi sama aku. Ini buku kak long kawasan yang punya!


TELAN TEBUAN

"Siapa punya kerja koyakkan report card?" Sambil bercekak pinggang di jenang pintu kelas, tak ubah seperti watak Cikgu Azmi dalam cerita Adik Manja yang kurus dan tinggi dengan seluar ala-ala bell bottom. Wajahnya serious, misai tebalnya yang dahulu kelihatan kelakar, kini amat menakutkan. Serentak itu semua pelajar memandang aku yang sedang menikus di meja paling depan, bertentangan dengan meja guru.

"Siapa koyakkan sila berdiri!" Suaranya kurasa seperti petir menyambar. Perlahan-lahan aku mengangkat punggung sambil tunduk memandang kasut yang kepam. "Siapa lagi?" dia menjerit. Semua pelajar matikan diri.

Oh, begitu rupanya permainan mereka. Gelak bersama, hukuman tanggung sendiri ... baik!

"Mastura, siapa lagi?" Tersentak mendengar nama disebut, segera saja aku menjawab.

"Azam!" Sambil jari telunjuk lurus menuding ke arahnya. Boleh dia buat muka terkejut, pura-pura tidak bersalah sambil jarinya menunjuk ke dada sendiri!

"Lagi?" Sergah Mr. Velloo.

Jari aku pantas menuding kepada tiga pelajar lain yang terlibat. Semuanya pura-pura terkejut namun perlahan-lahan berdiri.

"Semua ke mari!" kami diarah untuk menghampiri Mr. Velloo. Terkemut-kemut masing-masing melangkah.

"Mastura tunggu depan pintu kelas ini, Azam pintu kelas sebalah dan seterusnya hingga ke pintu kelas terakhir. Saya mahu kamu melutut di situ sampai saya bagi kebenaran untuk bangun!"

Aku cuba meleraikan cangkuk tali leher, malu jika dilihat pengawas sekolah kena denda.

"Pakai tie, jangan buka. Biar semua orang lihat pengawas pun kena denda!"

Aduh, kejam betul denda yang dia kenakan pada murid kesayangannya. Aku pandang Azam.

"Awat hang tuduh aku?"

Heh? Dia tak sedar kerana dialah buku tersebut koyak, masih nak bertanya.

 "Habis tu hang nak aku tuduh sapa? Hantu? Hang la hantu tu!" Dengan suara berbisik kami masih bertegang urat walaupun jarak di antara kami agak jauh juga.

Memang nasib tidak menyebelahi aku. Selalunya mengena, hari tersebut aku pula yang terkena.

Mamosa - Semangat yang hilang.