• lana
  • yh_202212261614_0001 - Copy
  • photo_2022-12-27_16-48-09
  • hbv_202212261614_0001 - Copy - Copy
1
SALE

[KOMRAD] LANA-LIVING AS AN AUTI.STI.C

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 40.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KOMRAD

Penulis: SYAHIRAH OMAR & LANA DARWISYA


Suatu hari, lepas selesai solat subuh, 

Lana mula bersuara.

Kata Lana hidung dia selesema.

Apabila dihembus, keluar darah sikit.

Aku cakap, "Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak."

Lepas tu, dia cakap tak berapa sihat nak ke sekolah.

"Ada yang kacau awak kat sekolah?" Aku menyoal.

"I don't know mama."

"Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?"

"How to explain my feelings when i can't find the words, mama?"

Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman.

Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis. Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam kekasih dirampas orang ketiga.

Haih.

Sebab tu ramai anak Asperger kemurungan apabila bercampur dengan orang lain. Emosi mereka berbeza. Cara faham, lihat, bau, rasa dan dengar semuanya berbeza.


TIP MAMA LANA

Jom Atasi Ketagihan Gadget Anak


Seperti yang aku ceritakan, aku terpaksa menghentikan penggunaan iPad secara drastik ketika Lana masih kecil. Oleh sebab tiada ilmu dan awareness mengenai kebaikan dan keburukan gadget pada zaman itu, aku memang nekad untuk simpan semuanya dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Menghentikan penggunaan iPad secara drastik pada waktu anak sangat addicted memang sangat mencabar sebenarnya. Tetapi, apabila Lana makin besar, alhamdulillah, Lana sudah mula faham yang dia hanya boleh gunakan gadget dalam tempoh yang tertentu sahaja.

Terlalu banyak keburukan gadget jika digunakan secara berlebihan dan tak dikawal. Antara keburukan yang Lana sendiri alami sewaktu kecil ialah:

  • Sukar untuk tidur malam.
    Seperti yang Lana ceritakan dalam salah satu bab buku ini, sebenarnya dia mengalami kesukaran untuk tidur apabila otaknya tak mampu berhenti berfikir tentang keseronokan aplikasi yang digunakan. Semuanya sentiasa di fikiran dan imaginary friends Lana juga merupakan karakter daripada aplikasi yang digunakan. Lana akan ketawa dan mumbling seorang diri pada waktu semua orang sudah nyenyak dibuai mimpi setiap hari sewaktu dia sangat addicted menggunakan iPad.

  • Masalah dalam memberi tumpuan.
    Disebabkan bermain iPad memberi keseronokan yang maksimum kepada Lana, semua aktiviti lain menjadi sangat membosankan bagi dirinya. Jadi, Lana sangat sukar untuk memberi kerjasama dan fokus setiap kali waktu terapi. Adakalanya Lana akan tertidur kerana sudah penat berjaga pada waktu malam.

  • Gangguan emosi dan menjadi lebih agresif.
    Lana kerap mengamuk dan sangat agresif sehingga mencederakan diri sendiri dan orang lain. Menggigit diri sendiri, menghantukkan kepala ke dinding dan memukul diri sekuat hati hanya disebabkan oleh dia rasa kecewa apabila bateri iPad habis ataupun aku cuba sorokkan iPad itu. Menurut pakar, gelombang radio daripada gadget memberi kesan buruk kepada perkembangan otak. Ini termasuklah gangguan dari segi emosi dan tingkah laku.

  • Masalah interaksi sosial.
    Tiada perkembangan dari segi pertuturan walaupun banyak penambahan kosa kata apabila Lana belajar menggunakan gadget. Lana langsung tak berminat untuk menyebut apa-apa perkataan, begitu juga dengan eye contact, langsung tiada perkembangan.

  • Masalah postur badan.
    Oleh sebab Lana statik dan tak melakukan apa-apa aktiviti yang melibatkan motor kasar, Lana menjadi sangat "malas" untuk bergerak. Apabila berjalan, Lana akan melembikkan badan dan hanya terbaring di lantai. Jadi, sangat sukar untuk aku bawa dia ke mana-mana tanpa menggunakan stroller. Aku juga pernah terbaca, jika seseorang itu duduk statik dalam tempoh yang lama, ia akan merosakkan bahagian atas tulang belakang dan menekan saraf yang menghubungkan bahagian badan dan kepala.