• JAMIL.png
  • Sobrun-Jamil-WEB.jpg
  • fddab8b2c09f41038fe11187bd4465f3-0004.jpg
  • fddab8b2c09f41038fe11187bd4465f3-0001.jpg
  • fddab8b2c09f41038fe11187bd4465f3-0002.jpg
1

[PTS] FASOBRUN JAMIL:NASIHAT-NASIHAT PENGUAT JIWA UNTUK KAMU YANG HAMPIR BERPUTUS ASA

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH ALFIAH BERKAH


Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar selepas kehilangan insan tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang diinginkan selepas sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan. 

Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri, tidak berlari daripada segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan lelah menghadapi ujian kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa.

Buku ini bukan penyelesaian pasti buat masalah dan halangan kita. Solusi bagi setiap rintangan itu tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namun, hayatilah pesanan-pesanan penguat jiwa supaya bertahan dalam meneruskan perjuangan melihat episod-episod sukar ini sebagai sebuah keindahan. Fasobrun jamil!

 

“Hidup itu seperti benang kusut. Sukar merapikannya. Namun, Allah mengajarkan kita untuk sabar, kerana sabar itu indah dan kita pasti mampu memperbaikinya.”


ISI KANDUNGAN


Kata Pengantar

Bahagian 1: Apakah Itu Berputus Asa?

 A. Kehidupan Realiti

 B. Ciri-Ciri Orang Yang Sedang Putus Asa

 C. Apakah Yang Salah?

 Kisah Inspirasi, Pemuda yang doanya belum dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

 Bicara Rasa Ustazah Zai

 

Bahagian 2: Hal Yang 
Perlu Dihindari Ketika Sedang Berputus Asa

 A. Tuhan, Bukan Ini Yang Aku Inginkan

 B. Takdir Tuhan Bukan Jenaka

 C. Jangan Berburuk Sangka kepada Allah s.w.t.

 Bicara Rasa Ustazah Zai


Bahagian 3: Cara Supaya Tidak Mudah Berputus Asa

 A. Sabar

 B. Bukan Hanya Kita

 Kisah Inspirasi, Seorang Penjual Tauhu

 C. Jangan Biarkan

 D. Meredakan Luka

 E. Katakan Begini

 F. Ketabahan Hati

 G. Jangan seperti Biasa

 Kisah Inspirasi, Jangan Menyerah! Mungkin tiga langkah lagi.

 H. Tidak Perlu Sama

 I. Menziarahi Hati

 J. Seandainya

 K. Komitmen

 Kisah Inspirasi, Jangan Terlalu Baik dengan Orang

 Bicara Rasa Ustazah Zai


Bahagian 4: Apakah yang Membuatkan Kita Mudah Putus Asa?

 A. Apabila Kenyataan Tidak Selari dengan Harapan

 B. Terjebak Masa Lalu

 C. Bertemu Kecewa

 D. Jatuh Sejatuh-Jatuhnya

 Bicara Rasa Ustazah Zai


Bahagian 5: Sebab Kita Tidak Boleh Putus Asa

 A. Bahagia

 B. Rugi

 C. Pertolongan Tuhan Tidak Pernah Mati

 D. Saya Masih Waras

 E. Jangan Tinggalkan Tuhan

 F. Pengalaman Hidup

 Bicara Rasa Ustazah Zai


Bahagian 6: Bahaya Berputus Asa

 Perlu Waktu, Katanya

 Bicara Rasa Ustazah Zai


Kisah-Kisah Benar

 1. Ibnu Hajar

 2. J.K Rowling (Penulis buku Harry Potter)

 3. Soichiro Honda (Founding Father Honda)


Terlena (Buya Hamka)

Biodata Penulis

Rujukan


APAKAH ITU BERPUTUS ASA?

Berputus asa adalah sikap seseorang yang berasa gagal dalam menjalani hidupnya. Mungkin kerana gagal dam mewujudkan cita-citanya, impiannya, harapannya, dan tidak ada keinginan mahu berusaha lagi, bekerja lebih keras lagi. Sikap ini perlu dihindari oleh sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kita yang masih percaya pada mimpi dan doa. Selagi kita masih ada impian, tidak akan mudah berhenti mencuba sesuatu perkara. Selagi masih mampu berdoa, tidak akan ada putus asa.

Putus asa adalah suatu keadaan seseorang yang seudah berasa jemu menjalani kehidupannya. Jalan dan tujuannya seperti tidak tentu arah, mahu beraktiviti pun seperti tidak ada semangat. Kita tentunya berasa gagal, tetapi tidak mahu menjadi manusia ketinggalan yang hanya menyaksikan kejayaan orang lain. Kita juga perlu bangkit. Jangan murung. Kita perlu segera bangun daripada mimpi buruk, jangan terlalu larut dalam sedih dan kecewa sehingga lupa masih ada Allah yang selalu bersama kita.