• peribadi
  • peribadi_portal
  • Screenshot_2023-03-24_083357
  • Screenshot_2023-03-24_083504
  • Screenshot_2023-03-24_083530
  • Screenshot_2023-03-24_083555
  • Screenshot_2023-03-24_083617
  • Screenshot_2023-03-24_083654
1

[PTS] KARYA HAMKA: PERIBADI [EDISI BARU 2023]

Regular price
RM 19.80
Sale price
RM 19.80
Regular price
RM 22.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PTS

Penulis: HAMKA

KARYA HAMKA: PERIBADI

Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kta membicarakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia.

Semuanya itu, iaitu budi, akal, pergaulan, kesihatan dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu pada satu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang daripada segala yang disebutkan itu menyebabkan lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurangnya peribadi. Itulah yang menentukan mutu seseorang.


Daya Tarik

Ada hendaknya pada kita suatu daya penarik yang menyebabkan jiwa orang yang terdekat dengan kita tetap lekat sehingga timbul perhubungan yang kekal. Tidak kerana dipaksa-paksa dan dibuat-buat. Loyang sepuhan lama-kelamaan akan kembali juga kepada warnanya yang asli.

Dengan apa kita menarik orang?

Dengan budi yang tinggi, kesopanan, ilmu pengetahuan yang luas, kesanggupan menahan hati pada perkara yang belum disepakati, dengan kecerdasan, kecepatan menarik kesimpulan, kebagusan susun kata, kepandaian menjaga orang dan kesanggupan menenggang.

Kumpulan sifat dan kelebihan itu menimbulkan daya penarik. Hal itu dapat dipelajari dengan pergaulan yang luas dan ada juga kerana dipusakai. Pendidikan ibu, bapa, sekolah, teman sejawat dan lingkungan masyarakat, semuanya itu adalah guru yang membentuk daya penarik. Kuat dan lemahnya.

Ada orang yang mulai kelihatan sahaja rupanya, sudah menarik hati kita, tetapi setelah bertukar fikiran nyata di mana kekurangannya. Sebaliknya ada orang mula-mula kita lihat telah menimbulkan rasa benci dan setelah bertukar fikiran ia pun membangkitkan penghargaan. Kita dengar keburukan daripada musuhnya kita belum dapat meletakkan hukuman buruk atau baik sebelum kita sendiri mendekatinya. Kata musuh payah yang adil.

Lemah lembut, tetapi bukan diertikan menerima sahaja. Lunak, tetapi tidak lekas berkisar daripada suatu pendirian dan jujur dalam perkara yang belum diketahui. Tegas! Banyak perkara sulit yang dapat diselesaikan dengan mudah kerana kelapangan dada menghadapinya dan tidak gelabah. Dengan kekuatan jiwa sahaja banyak maksud yang dapat dihasilkan kerana yang mengurusnya mempunyai daya penarik.

Dalam tahun 1931 sangat hebat pertentangan antara pihak Islam dengan almarhum Dr. Sutomo. Kerana beliau menyatakan pendapatan bahawa terbuangan ke Digul kerana suatu pendirian, jauh lebih utama daripada naik haji ke Mekah kalau hanya turut-turutan.

Saya sudah turut benci kepadanya kerana pengaruh kebencian orang ramai. Ketika saya sampai ke Surabaya dan menyatakan niat kepada seorang teman hendak pergi ke doktor itu. Teman itu menasihatkan bahawa jika sekiranya kebencian tuan kepadanya hanya kerana turut-turutan, saya percaya tuan akan tertarik jika telah bertemu dan bercakap-cakap dengan dia budinya tinggi. Sebab itu kalau maksud tuan hendak terus benci juga janganlah mendekat kepadanya. Demikian kata teman itu.