• cinta.gif
1
DISCOUNT 15%

[SENTAP PRESS] - BUKU UMUM CINTA TANPA SYARAT by SHUKERY AZIZAN - SMO

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
Terbitan: SENTAP PRESS
Penulis: SHUKERY AZIZAN

Shukery, merupakan seorang budak FELDA yang berpindah ke kawasan bandar kerana perkahwinan ibu dan ayah tirinya, terpaksa menempuh pelbagai kejutan budaya di bandar. Lahir sebagai seorang anak tunggal menjadikan kehidupannya kesunyian hingga terpaksa mencari-cari identiti diri sendiri. Pada masa yang sama, dia juga tercari-cari kepingan memori misteri yang masih kabur dalam ingatannya.
Akibat krisis keluarga dan tersalah pilih kawan, dia mula terjebak dengan kumpulan kongsi gelap, dikhianat kawan baik, kebencian yang mendalam terhadap ayah tirinya, dibuang sekolah yang akhirnya membawa kepada keraguan tentang tuhan hingga tahap mencabar kewujudan TUhan itu sendiri.
Pada masa yang sama, Puan Jamiah pula semakin buntu dengan kelakuan anak tunggalnya itu. Apatah lagi setelah mengetahui anaknya itu dibuang sekolah.
Setelah menyambung ke sekolah baru, Shukery bertemu dengan Ustazah Rosiah, seorang guru pendidikan Islam di dalam kelasnya. Sifat skeptikalnya terhadap golongan agamawan yang dirasakan 'berlagak alim' sedikit demi sedikit terhakis terutamanya selepas pertama kali berbual secara peribadi dengan Ustazah Rosiah.
Adakah Allah masih menerima Shukery untuk berubah? Dapatkah dia menemui kepingan memori yang kabur? Apakah yang telah dilakukan oleh Ustazah Rosiah? Bagaimana Shukery mahu menebus segala masa silamnya?
Segalanya terjawab di dalam novel Cinta Tanpa Syarat.