• miskin.gif
1
DISCOUNT 15%

[PUSTAKA AZHAR] - TIDAK MISKIN DENGAN SEDEKAH by SITI AMINAH ISMAIL - SMO

Regular price
RM 17.10
Sale price
RM 17.10
Regular price
RM 19.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN: PUSTAKA AZHAR

PENULIS: SITI AMINAH ISMAIL

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, diceritakan:

Apabila Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, kemudian bumi pun menjadi pegun. Para malaikat terhairan-hairan akan penciptaan gunung itu.

Kemudian mereka bertanya,

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi."

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?

Allah yang Maha Suci menjawab,

"Ada, iaitu api."

Para malaikat bertanya lagi,

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab,

"Ada, iaitu air."

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" tanya para malaikat

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin.

Akhirnya, para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatan-Nya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."