Terbitan: AL-HIDAYAH
PERUKUNAN:
- Syahadah
- Solat
- Puasa
- Zakat
- Haji
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW) dan juga kepada Kitab-Kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu." (Surah An-Nisa': 136)
Adalah fardu bagi setiap Muslim dan Muslimah yang aqil baligh untuk mengetahui akan makna dua kalimah syahadah dan mengetahui segala rukun Islam dan rukun Iman dan menetapkan dengan hati akan segala iktikad.
Rukun Islam terdiri daripada lima perkara:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan ibadah Haji bagi yang berkemampuan
Manakala Rukun Iman pula terdiri daripada enam perkara:
1. Percaya kepada Allah SWT
2. Percaya kepada Malaikat-Malaikat-Nya
3. Percaya kepada Kitab-Kitab-Nya
4. Percaya kepada Rasul-RasulNya
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. percaya kepada Qadak dan Qadar
Buku ini merupakan sebuah kitab Jawi lama yang popular digunakan di dalam majlis-majlis ilmu di pondok, surau atau masjid. Untuk memudahkan generasi muda dalam menghayati cahaya ilmu ini, diterbit buku "Perukunan" ini dalam tulisan rumi.
Semoga ilmu yang terkandung di dalam buku ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.
KANDUNGAN
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Hukum Air
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Najis dan Menghilangkan Dia
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Hukum Qada' Hajat dan Istinja'
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Mewajibkan Mandi Dan Menyatakan Fardu Mandi Dan Segala Sunatnya Dan Makruhnya Dan Menyatakan Barang Yang Haram Pada Orang Yang Hadas Kecil dan Hadas Besar
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Segala Syarat Mengambil Air Sembahyang dan Segala Sunatnya dan Makruhnya Dan Yang Membatalkan Dia
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Syarat Sembahyang Dan Menyatakan Bang Dan Iqamah Dan Syarat Keduanya
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Kaifiat Sembahyang Dan Rukunnya Dan Segala Sunatnya
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Membatalkan Sembahyang dan Menyatakan Yang Makruhnya
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Sembahyang Sunat
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Syarat Hukum Puasa
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Syarat Wajib Puasa Sebab Ramadan
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Mengharuskan Berbuka Puasa Ramadan
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Segala Sunat Puasa
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Jimak Dalam Bulan Ramadan Dan Barang Yang Wajib Atas Orang Yang Mengerjakan Dia
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Puasa Sunat
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Akan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban
Doa Selepas Sembahyang Fardu
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Perintah Memandikan Mayat Dan Barang Yang Ta'alluq Dengan Dia
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Kapan
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Segala Rukun Sembahyang Mayat dan Barang Yang Ta'alluq
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Wajib pula Kita Iktikad Bahawasanya Allah Taala Menyeksa Orang Yang Di Dalam Kuburnya Yang Mati Dengan Dosanya itu Sebenarnya Tiada Syak Di dalamnya
Fasal
Ini Kitab Pada Menyatakan Haluan, Yakni Aturan Kita Kepada Sekalian Yang Empunya Hak
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Segala Sembahyang Qasar Serta Jamak Atau Dengan Tiada Serta Jamak
Fasal
Pada Menyatakan Segala Syarat Qasar
Ini Suatu Faedah