Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 15 surah.png
  • yhv_202204171537_0001 - Copy (2).jpg
  • erty_202204171537_0001 - Copy - Copy.jpg
  • photo_2022-04-21_12-38-16.jpg
  • photo_2022-04-21_12-38-15.jpg
DISCOUNT 15%

[AL-HIDAYAH] KOLEKSI 15 SURAH

RM 4.17
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: AL-HIDAYAH


Koleksi 15 Surah - Manzil & Doa-Doa Dalam Al-Quran

1. Surah Ghafir
2. Surah Yasin
3. Surah As-Sajdah
4. Surah Al-Kahfi
5. Surah Ad-Dukhan
6. Surah Az-Zukhruf
7. Surah As-Syura
8. Surah Fussilat
9. Surah Al-Mulk
10. Surah Al-Hasyr
11. Surah Al-Waqiah
12. Surah Al-Jathiah
13. Surah Al-A'la
14. Surah Al-Buruj
15. Surah An-Naba'


* Doa Mohon Keteguhan Hati Dalam Iman

* Doa Tawakal Kepada Allah SWT

* Doa Mohon Perlindungan Orang Zalim

* Doa Bapa Supaya Keluarganya Menjadi Soleh

* Doa Mohon Bersama Orang Yang Soleh

* Doa Apabila Berhadapan dan Menentang Musuh

* Doa Ahli Sihir Firaun yang Telah Beriman Ketika Diseksa Oleh Firaun

* Doa Mohon Kesejahteraan Di Akhirat

* Doa Nabi Ayub ketika Mengalami Bencana

* Doa Mohon Tempat Tinggal Yang Berkat

* Doa Nabi Musa Semasa Menghadapi Firaun

* Doa Mohon Pelihara Iman Hingga Mati

* Doa Kami Beriman dan Menjadi Saksi

* Doa Berserah Kepada Allah SWT

* Doa Kesyukuran

* Mohon Kebaikan Dunia & Akhirat

* Mohon Rahmat Allah SWT

* Mohon Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki

* Mohon Kedudukan Yang Baik


"Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungganya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya."

(Hadis Riwayat Muslim)


"Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit". 

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).


KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN


1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi. 

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin. 

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali. 

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati. 

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. 

6. Sesiapa membaca Surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. 

7. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. 


KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG MEMBACA SURAH AS-SAJDAH


1. Membela mereka yang mengamalkannya dalam mengharungi seksa kubur.

2. Dijauhi daripada syaitan

3. Wajah mereka yang mengamalnya akan bercahaya sewaktu meninggal dunia

4. Merupakan sunnah Rasulullah untuk membacanya pada Subuh Hari Jumaat

5. Mendapat perlindungan Allah SWT

6. Menguatkan Iman

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.