Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • manzil.png
  • kmnb_202204171540_0001 - Copy.jpg
  • wsdx_202204171541_0001.jpg
  • photo_2022-04-21_12-50-22 (2).jpg
  • photo_2022-04-21_12-50-22.jpg
DISCOUNT 15%

[AL-HIDAYAH] MANZIL RESAM UTHMANI - MUNJIYAT, SYIFA', DOA ABU DARDA BERSAIZ POKET

RM 1.23
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: AL-HIDAYAH

Penulis: MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA


* Munjiyat

* Syifa'

* Doa Abu Darda

* Kumpulan Doa Pilihan

* Sebagai Amalan Harian

Amalan membaca Manzil ini boleh memberikan perlindungan daripada gangguan syaitan dan sihir dengan izin Allah.

Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. 

Amalan seumpama ini telah disebutkan di dalam kitab Al-Qaulul Jamil dan Bahishti Zewar.

Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda perlu membacanya dengan penuh tawajjuh.

Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.


KANDUNGAN


Muqaddimah

Manzil

Munjiyat

Syifa'

Doa Abu Darda'

Doa Mohon Perbaiki Agama dan Dunia

Doa Mohon Apa Yang Dipohon Rasulullah SAW

Doa Mohon Masuk Syurga, Jauhi Neraka

Doa Mohon Hidup Mati dalam Iman

Doa Mohon Iman Yang Sempurna


MUQADDIMAH


Sudah menjadi ketentuan manusia berhadapan dengan ranjau-ranjau kehidupan apatah lagi kita sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Melaksanakan perintah Allah SWT dalam diri dan keluarga tidaklah sepayah melaksanakannya dalam masyarakat dan negara.

Diri dan keluarga kita mudah untuk dididik dan dipimpin kerana mereka di bawah tanggungjawab seorang ketua rumah tangga, tetapi apabila kita melaksanakan perkara yang sama dalam masyarakat dan sebuah negara tentulah banyak tentangan dan cabaran. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat yang tidak terdidik menuju jalan Allah lebih-lebih lagi bakal menghadapi rintangan yang cukup besar. Musuh akan berusaha menghalang sehingga kita tewas dalam perjuangan membangunkan hukum Allah di dalam masyarakat itu.

Rasulullah SAW memberi petunjuk kepada kita bagaimana untuk kita enghindari daripada tipu helah, hasad dengki, adu domba, fitnah dan seumpamanya daripada golongan yang sentiasa memusuhi orang yang berusaha di atas jalan agama. Di antaranya adalah apa yang terkandung di dalam risalah kecil iaitu "Manzil" yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Manzil ini merupakan ayat penyembuhan bebrapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung daripada gangguan sihir atau ilmu syaitan. Manzil ini merupakan bekalan yag ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca daripada sifat mazmumah.

Justeru itu manzil ini mengandungi khasiat serta kebaikan bagi mereka yang beristiqamah serta tekun mengamalkan. Disebut di dalam hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab "Hayatus sahabat" (Jilid ke 3, muka surat 334) hadis tersebut bermaksud seperti berikut:

Ubai Ibn Ka'ab r.a meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit"

"Penyakit apa?" Rasulullah SAW bertanya "Sejenis gila" jawab orang tersebut.

Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian Baginda membaca Surah Al-Fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan Wa ilahukum ilahun wahid ..., Ayat Kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir Al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu ... terakhir dari Surah Al-Mukminun (Fata'alallahul malikul haq ... , ayat dari Surah Al-Jin (Wa annahu ta'ala), sepuluh ayat pertama Surah As-Saffat, tiga ayat terakhir dari Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya hilang. (Kanz Jilid / m.2/2)

Menyentuh mengenai fadilat Manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamalkannya. Daripada pengalaman kebanyakan orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustajab untuk menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.

Kaifiat menggunakan Manzil ini adalah dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas air atau sebaldi air kemudian air itu diminum atau dimandikan kepada pesakit.

Semoga Allah SWT menyembuhkan kita melalui pembacaan Manzil ini. Selain Manzil, risalah ini mengandungi ayat-ayat "Munjiyat" yang diperoleh daripada pengalaman Ibnu Sirin rahimahullah, untuk melepaskan diri daripada kesusahan dan ayat-ayat penyembuhan serta rawatan daripada pengalaman Imam Abu Qasim Qusairi kemudian di akhir manzil ini dilampirkan satu doa khusus yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Abu Darda r.a. Ia merupakan suatu doa kepada Allah supaya diri, keluarga serta harta terpelihara daripada bahaya dan malapetaka.

Mudah-mudahan risalah Manzil ini menjadi suatu amalan kita yang berterusan di sisi Allah SWT. Akhirnya sama-samalah kita memohon agar dicucuri limpahan rahmat dan nikmat-Nya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.


Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.