RISALAH AT-TAUHID
Penyusunan: Abdul Ghani Yahya & Umar Yusuf
Terbitan: Al-Hidayah Publication
Cetakan 2022
Semua Rasul diturunkan Allah SWT untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya.
Manhaj tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Iman Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantra sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Bertitik tolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan Naqli (Al-quran&Al-Sunnah). Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah SWT sama ada yang Wajib, Mustahil dan Harus.
Justeru, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menilak fahaman-fahaman yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; antaranya dengan mempelajari buku ini.