• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • ahli
  • ggh_202212010932_0001
  • photo_2022-12-06_12-50-51
  • photo_2022-12-06_12-50-49
  • photo_2022-12-06_12-50-51 (2)
  • rrr_202212010933_0001
SPECIAL PROMO

[BIBLIO KIDS] AHLI SIHIR DARI OZ - Buku Cerita Kanak-kanak

RM 13.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BIBLIO KIDS


Siri kisah dongeng klasik kanak-kanak ini sangat sesuai kepada kanak-kanak yang masih kecil dan baru mengenali sastera klasik lama yang terkenal di seluruh dunia. Kisah-kisah dongeng yang dimuatkan dalam siri ini berasal daripada kisah-kisah dongeng yang popular dan telah dipermudah untuk pembacaan awal kanak-kanak.


Pada suatu masa dahulu ada seorang budak perempuan yang bernama Dorothy. Dia tinggal bersama pak cik dan mak ciknya di Amerika. Mereka orang yang baik dan rajin bekerja. Dorothy juga memiliki seekor anjing yang bernama Toto. Setiap hari Toto akan menghiburkan hati Dorothy.

Pada satu pagi, awan bertukar gelap dan angin bertiup dengan kencang. Dorothy berasa takut dengan kejadian taufan itu dan akhirnya tertidur. Apabila dia terjaga, ribut tadi sudah berhenti.

Dorothy bangun dan membuka pintu rumahnya. Dia sedar bahawa dia kini berada di sebuah tempat yang indah dengan padang dan pokok buah-buahan. Kemudian dia mendengar satu suara, "Selamat datang ke dunia Munchkin." Dorothy mencari-cari datangnya suara itu dan nampak seorang wanita yang cantik sedang berjalan ke arahnya.

Your cart is currently empty.
Continue shopping