• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • ali baba
  • hhgh_202211291726_0001
  • photo_2022-12-06_15-36-25
  • photo_2022-12-06_15-36-25 (2)
  • photo_2022-12-06_15-36-24
  • tgf_202211291726_0001
SPECIAL PROMO

[BIBLIO KIDS] ALI BABA DAN EMPAT PULUH PENYAMUN - Buku Cerita Kanak-kanak

RM 13.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BIBLIO KIDS


Siri kisah dongeng klasik kanak-kanak ini sangat sesuai kepada kanak-kanak yang masih kecil dan baru mengenali sastera klasik lama yang terkenal di seluruh dunia. Kisah-kisah dongeng yang dimuatkan dalam siri ini berasal daripada kisah-kisah dongeng yang popular dan telah dipermudah untuk pembacaan awal kanak-kanak.


Di Kota Baghdad tinggal dua lelaki bersaudara yang bernama Ali Baba dan Kassim. Abangnya Kassim seorang yang kaya manakala Ali Baba sangat miskin. Pada suatu hari, ketika Ali Baba pergi memungut kayu-kayu api di hutan, dia terdengar bunyi tapak-tapak kaki kuda yang kuat. Dia segera bersembunyi di balik batu dan terdengar perbualan empat puluh orang penyamun tentang harta-harta rompakan.

Penyamun-penyamun berkuda itu berhenti dan berkumpul di depan sebuah batu. Ketua mereka berdiri di hadapan batu besar dan menjerit, "Buka, sesame!" dan tiba-tiba pintu batu itu terbuka dan ada gua di sebaliknya. Ketua dan penyamun-penyamunnya masuk ke dalam gua tersebut. Ali Baba menunggu dengan sabar di sebalik batu. Setelah beberapa lama mereka di dalam gua, akhirnya mereka keluar semula dan ketua mereka menjerit, "Tutup, sesame!" dan mulut gua itupun tertutup. Penyamun-penyamun tadi beredar pergi.

Ali Baba segera keluar daripada persembunyian dan pergi ke hadapan batu besar itu. Ali Bab berkata, "Buka, sesame!" Mulut gua itu terbuka dan Ali Baba memasukinya. Di dalam gua itu, dia berasa takjub melihat harta yang melimpah, termasuklah wang-wang emas dan perak, perhiasan dan banyak benda berharga lain. Dia cepat-cepat mengumpul wang-wang emas, memasukkannya ke dalam guni dan keluar dari gua itu. Dia kemudian menjerit, "Tutup, sesame!" dan pintu gua itu tertutup.

Your cart is currently empty.
Continue shopping