• Free SHIPPING for orders over RM50 || Free BOOKMARK for all orders Shop Now!
icon-search
icon-search
  • gulliver
  • ffc_202212010931_0001
  • photo_2022-12-06_15-20-29
  • photo_2022-12-06_15-20-29 (2)
  • photo_2022-12-06_15-20-29 (3)
  • photo_2022-12-06_15-20-28
  • jbv_202212010932_0001
SALE

[BIBLIO KIDS] PENGEMBARAAN GULLIVER - Buku Cerita Kanak-kanak

RM 10.01
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BIBLIO KIDS


Siri kisah dongeng klasik kanak-kanak ini sangat sesuai kepada kanak-kanak yang masih kecil dan baru mengenali sastera klasik lama yang terkenal di seluruh dunia. Kisah-kisah dongeng yang dimuatkan dalam siri ini berasal daripada kisah-kisah dongeng yang popular dan telah dipermudah untuk pembacaan awal kanak-kanak.


Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang bernama Gulliver. Dia amat suka pergi mengembara dengan belayar menggunakan kapal. Pada suatu hari, dia bercadang untuk memulakan satu kembara. Dia berlayar dengan menaiki kapal bersama kawan-kawannya.

Dalam pelayaran itu, kapal yang dinaiki oleh Gulliver telah dilanda ribut yang ganas sebaik sahaja kapal itu melintasi kawasan timur India. Semua kelasi kapal termasuklah nakhodanya telah mati lemas. Kawan-kawan Gulliver yang berlayar bersama-samanya turut hilang di bawa ombak.

Ribut itu sangat ganas sehingga membuatkan kapal itu karam. Gulliver kini bersendirian di tengah lautan.

Dia telah dihanyutkan oleh arus dan angin di tengah lautan. Nasibnya baik kerana dia masih bernyawa walaupun kakinya sudah kebas. Dia terlalu letih kerana dia terpaksa berenang berjam-jam lamanya.

Your cart is currently empty.
Continue shopping