• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • sinbad
  • yfg_202212010933_0001
  • photo_2022-12-05_16-27-37
  • photo_2022-12-05_16-27-38 (2)
  • photo_2022-12-05_16-27-38
  • gfd_202212010934_0001
SPECIAL PROMO

[BIBLIO KIDS] SINBAD SI PELAYAR - Buku Cerita Kanak-kanak

RM 13.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BIBLIO KIDS


Siri kisah dongeng klasik kanak-kanak ini sangat sesuai kepada kanak-kanak yang masih kecil dan baru mengenali sastera klasik lama yang terkenal di seluruh dunia. Kisah-kisah dongeng yang dimuatkan dalam siri ini berasal daripada kisah-kisah dongeng yang popular dan telah dipermudah untuk pembacaan awal kanak-kanak.


Pada suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki yang bernama Sinbad. Dia seorang yang amat gemar pergi berlayar di lautan. Suatu hari, dia telah keluar berlayar ke lautan bersama-sama rakan-rakannya. Mereka berasa gembira sepanjang pelayaran itu tetapi tiba-tiba ribut yang besar melanda kapal mereka. Kapa itu kehilangan arah dan hanyut dibawa angin yang kuat.


Setelah beberapa ketika barulah angin dan ribut sudah reda. mereka mendapati kapal itu telah hanyut berdekatan dengan sebuah pulau kecik yang mempunyai padang yang hijau, yang kelihatan timbul sedikit di atas permukaan air. Nakhoda kapal membenarkan para penumpang kapal untuk mendarat di pulau itu buat sementara waktu dan merehatkan diri mereka.


Sebaik saja mendarat, ada penumpang yang berjalan-jalan dan ada juga yang menghidupkan api untuk menikmati makanan yang dibawa bersama mereka. Tiba-tiba mereka berasa ada gegaran berlaku pada pulau itu sehingga membuatkan mereka terkejut. Pada masa yang sama, anak-anak kapal yang tinggal di atas kapal memekik-mekik kepada mereka yang berada di pulau untuk segera kembali ke kapal.

Your cart is currently empty.
Continue shopping